Pages

Showing posts with label Tank1. Show all posts
Showing posts with label Tank1. Show all posts

Wednesday, 20 September 2017

Kemaskini Aquascape tanks (Sep 2017)

Tangki aquascape milik pemilik

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri hari ini penulis hanya nak kemaskini kondisi aquascape tanks milik penulis. Setakat ini hanya 3 tangki sahaja yang diselenggarakan. Tak banyak perubahan sejak kali terkahir penulis kemaskini.

Saturday, 2 September 2017

Aquascape: Kemaskini Tank1 (Sep 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

SELAMAT HARI RAYA HAJI kepada semua pengunjung B.O.A.R. Semoga kita diberkati oleh Allah SWT di atas ibadat yang kita lakukan.

Penulis mengambil peluang cuti raya korban ni untuk berkorban masa sedikit membuat 3S (Susun, Sisih, Suci) kepada tangki utama penulis iaitu Tank1.

Thursday, 24 August 2017

Aquascape: Kemaskini Tank1 (17 bulan)

Tangki aquascape utama penulis yang berkonsepkan pokok bonsai.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak kemaskini skit tangki utama penulis yang setakat hari ini sudah 17 bulan beroperasi. Untuk rujukan, anda boleh ke pautan ini untuk layari posting pertama mengenai tangki utama ini.


Thursday, 19 January 2017

Aquascape: Tank update (10 bulan). Masalah lumut (algae).

Rupa tangki sebelum di "trim".

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Penulis agak sibuk dengan tugas harian. Ini pun cuba curi-curi masa untuk kemaskini tangki laman aqua milik penulis.

Wednesday, 28 September 2016

Aquascape: Kemaskini (6 bulan)


Assalamualaikum wbt..

Setakat hari ini usia tank aquascape penulis sudah menjangkau usia 6 bulan. Sebagai rujukan, gambar dibawah adalah rupa tangki penulis pada hari pertama tangki ini beroperasi.



Sunday, 7 August 2016

Aquascape: Kemaskini tangki (5 bulan)


Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis ingin mengemaskini tangki utama laman aqua kepunyaan penulis. Progres tumbesaran pokok-pokok aqua di dalam tangki amat memberangsangkan walaupun ada terdapat serangan-serangan algae atau lumut.

Tuesday, 31 May 2016

Aquascape: Status terkini (3 bulan)

Assalamualaikum wbt..

Hari ini penulis ingin mengemaskini status terbaru tangki utama laman air kepunyaan penulis. Gambar di bawah ini menunjukkan keadaan terkini setelah tangki ini beroperasi hampir 3 bulan.


Monday, 23 May 2016

Aquascape: Status terkini (2.6 bulan)


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Penulis hanya nak update hasil terkini tangki laman air (aquascape tank) utama penulis setelah hampir 3 bulan akuarium ini beroperasi.

Monday, 2 May 2016

Aquascape: Update terkini

Assalamualaikum wbt.

Penulis nak update sikit tentang tangki laman air penulis sejak hari pertama tangki ini beroperasi.

Setelah hampir 2 bulan beroperasi dan ada beberapa penambahan alatan yang penulis tambah pada tangki tersebut, inilah hasilnya setakat ini.

Hari pertama selepas setup

Tuesday, 22 March 2016

Aquascape: Tangki naik algae


Assalamualaikum wbt..

Ahad lepas sebelum penulis memasukkan ikan-ikan ke dalam tangki laman air utama, penulis perasan yang ditepi-tepi tangki ada warna hijau-hijau tapi tak banyak. Sah lumut dah naik. Tangki perlu dicuci.

Sunday, 20 March 2016

Aquascape: Ambik ikan



Assalamualaikum wbt..

Hari ini penulis ke Aquascape Paradise, Shah Alam untuk mengambil ikan-ikan yang akan diletakkan ke dalam tangki aquascape utama penulis.

Thursday, 10 March 2016

Aquascape: Pengcahayaan yang berkesan



Assalamualaikum wbt.

Semalam penulis telah mengajukan satu soalan kepada pihak Aquascape Paradise mengenai pengcahayaan tangki aquascape. Seperti yang dinyatakan kepada penulis sebelum ini, pengcahayaan maksima adalah 10 jam dan minima 6 jam sehari.

Tuesday, 8 March 2016

Aquascape: Tenang

Tangki landskap aqua penulis

Assalamualaikum wbt.

Fikiran jadi tenang bila tengok suasana dalam tangki aquatik ini. Hari ni masuk hari yang kedua tangki landskap aqua penulis beroperasi. Setakat ini masih tiada perubahan sebab memang baru lagi umurnya. Java moss (daun) yang diikat pada drift wood (batang pokok) kelihatan menjadi kecoklatan. Kalau mengikut kata staff Aqua Paradise, pada awalnya nampak java moss seperti mati tapi sebenarnya ianya masih hidup cuma ia perlu sesuaikan diri dengan tangki baru sahaja. Perlu monitor lagi seminggu atau dua barulah akan dapat lihat perubahannya.

Monday, 7 March 2016

Aquascape: Kongsi gambar ikan


 Assalamualaikum wbt..

Entri kali ini penulis hanya nak kongsikan sahaja gambar-gambar pokok akuatik dan ikan-ikan yang ada dalam akuarium baru yang menjadi tapak ujian penulis dalam mendalami ilmu aquascape.

Sunday, 6 March 2016

Aquascape: Penghantaran tangki landskap aqua

Sudut hobi penulis

Assalamualaikum wbt.

Hari ini seperti yang dijanjikan, pihak Aquascape Paradise membuat penghantaran tangki landskap aqua yang telah ditempah semalam. Tepat jam 6:07pm staff Aquascape Paradise sampai dengan tangki yang dibungkus rapi. Memang kemas kerja dorang ni.

Sebelum mereka sampai, penulis telah menyiapkan tempat untuk diletakkan tangki landskap aqua. Siap sedia dengan power point.

Saturday, 5 March 2016

Aquascape: Tangki landskap aqua

Aquascape Paradise Shah Alam

Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis ke Aquascape Paradise di Shah Alam untuk membuat tempahan tangki landskap aqua yang pertama buat penulis.

Rekabentuk yang penulis impikan adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang dipaparkan dibawah ini. Gambar adalah hasil carian Google dan bukan hakmilik penulis.


Thursday, 3 March 2016

Aquascape: Penjagaan akuarium

Moon platy dan Bard fish

Assalamualaikum wbt.

Sebelum penulis membicarakan topik hari ini, suka penulis nak kemaskini mengenai kualiti air yang menjadi kerisauan penulis sejak pagi semalam.

Sebaik sahaja penulis pulang dari tempat kerja, penulis terus ke bilik dimana letaknya akuarium penulis. Alhamdulillah, nampak ikan-ikan kesemuanya sihat dan cergas. Ini menandakan kualiti air agak baik. Mungkin semalam hari yang pertama dan belum ada masalah.


Wednesday, 2 March 2016

Aquascape: Kualiti air


Alhamdulillah, nampak keadaan tangki selepas dibiarkan selama 7 jam agak jernih dan stabil tapi belum tahu lagi kualiti airnya. Adakah ianya merbahaya kepada ikan dan tumbuh-tumbuhan?

Tuesday, 1 March 2016

Aquascape: Tapak ujian


Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis cuba tambah plastik kristal berwarna putih untuk dijadikan seperti pasir dan batu-batu sungai yang berwarna hitam. Lepas tu ditambah juga pokok-pokok hidup. Nampak cantik tapi masih tidak mencapai tahap keinginan sebenar penulis.

Monday, 29 February 2016

Aquascape


Assalamualaikum wbt..

Memang sudah agak lama penulis tidak menulis di laman web ini.

Sekarang ini penulis baru berjinak-jinak untuk berkecimpung dalam hobi aquascaping. Gambar di atas adalah percubaan pertama dari penulis.