Pages

Showing posts with label Bonsai. Show all posts
Showing posts with label Bonsai. Show all posts

Wednesday, 18 October 2017

Bonsai: Kemaskini Ficus2 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Entri kali ini penulis nak kemaskini pokok Ficus2 pula. Pokok ini agar subur dan cepat sekali mengeluarkan daun-daun baru dan besar-besar pulak tu. Plan penulis adalah untuk mencantas dahan-dahan panjang supaya dahan baru akan tumbuh.

Bonsai: Kemaskini Ficus1 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini, penulis ingin kemaskini pokok Ficus1 pula. Pokok ini penulis tidak berikan perhatian sangat sebab nampak macam tahan lasak. Walaupun lasak, proses siraman tidak diabaikan Cuma dari segi pemilihan dahan, saiz daun, dan lanskap penulis kurang beri perhatian. Penulis mahukan pokok ini hanya membentuk canopy sahaja.

Monday, 16 October 2017

Bonsai: Kemaskini Bebuas2 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri hari ini penulis nak kemaskini sikit untuk pokok bonsai Bebuas2. Pokok ini penulis beli pada bulan Sept. 2017. Setakat hari ini, sudah nampak beberapa dahan baru yang tumbuh.

Sunday, 15 October 2017

Bonsai: Kemaskini Bebuas1 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?

Pagi ini penulis nak kemaskini sikit progress Pokok Bebuas1. Baru-baru ini penulis ada jugak kemaskini tapi tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan. Cuma kemaskini pertumbuhan daun-daun baru sahaja.

Monday, 9 October 2017

Bonsai: Tolong kawan rawat Bonsai Santalia Part 3

 

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera. Moga kalian semua dilindungi Allah dan dipermudahkan segala urusan. Ingatlah.. rezeki itu hanya datang dari Allah. Mintaklah denganNya.

Sunday, 8 October 2017

Bonsai: Tukar pasu (re-potting) Santalia4 (Oct 2017)

Bonsai Santalia / Wrigthia Religiosa - Santalia4 (Oct 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis meluangkan masa untuk melihat-lihat pokok bonsai selepas membuat rutin harian iaitu menyiram pokok-pokok tanaman milik penulis. Tergerak pulak hati untuk melakukan proses re-potting pokok bonsai Santalia4.

Friday, 6 October 2017

Bonsai: Pokok baru - Santalia5 (Oct 2017)

Bonsai Santalia5 (Oct 2017)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung BOAR.

Hari ni penulis just nak kongsi cerita pasal rezeki penulis dapat pokok baru (selepas ini penulis akan namakan pokok ini sebagai Santalia5) pemberian seorang rakan kerja.

Thursday, 28 September 2017

Bonsai: Pokok baru - Bebuas2 & Santalia4 (Sep 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hujung minggu lepas penulis telah terjebak dengan pembelian pokok bonsai baru. Kalau ikutkan hanya nak tengok-tengok aje tapi akhirnya terbeli.

Wednesday, 27 September 2017

Bonsai: Fertilizer Funnel


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada semua.

Oleh kerana tiada kemaskini terbaru untuk pokok-pokok bonsai penulis, entri kali ini penulis nak berkongsi satu alat yang penulis baru beli iaitu alat fertilizer funnel.

Monday, 25 September 2017

Bonsai: Kemaskini Bebuas1 (Sep 2017)

Bonsai Bebuas - Bebuas1 (Sep 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri hari ini penulis hanya nak kemaskini pokok bonsai bebuas (Bebuas1). Banyak juga perubahan sejak kali terakhir (sebulan yang lalu) penulis kemaskini entri untuk pokok ini.

Sunday, 24 September 2017

Bonsai: Bersihkan lanskap Santalia3 (Sep 2017)

Bonsai Santalia - Santalia3 (Sep 2017)

 Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Sudah lebih sebulan sejak pertengahan bulan Ogos yang lepas penulis memiliki pokok Santalia3 ini. Daun-daun pun sudah banyak yang tumbuh. Begitu juga dengan rumput-rumput liar yang tumbuh pada moss yang penulis jadikan rumput untuk landscape pokok bonsai ini. Hari ini penulis nak bersihkan lanskap supaya nampak lebih kemas.

Saturday, 23 September 2017

Bonsai: Bougainvillea re-potting (Sep 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini penulis nak kongsi aktiviti penulis di hujung minggu iaitu aktiviti tukar tanah untuk pokok bonsai bougainvillea milik penulis.

Entri sebelum ini (Bonsai: My Bougainvillea) penulis bercadang untuk buat aktiviti ini 6 bulan akan datang tapi oleh kerana tidak sabar (sikap yang perlu dihindarkan oleh penggemar pokok bonsai), penulis mengambil keputusan untuk membuat juga aktiviti ini.

Thursday, 21 September 2017

Bonsai: Pokok baru - Santalia3 (Sep 2017)

Proses re-potting pokok bonsai baru.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Pertengahan bulan lepas, penulis melawat satu kedai pokok bonsai di Sg Buloh. Nama kedai bonsai tersebut ialah Soon Li Bonsai Nursery. Lokasi kedai bonsai ini anda boleh klik disini. Terdapat banyak pokok bonsai yang dipamerkan untuk jualan. Antara pokok-pokok bonsai yang dijual di sini adalah dari spesis Juniper, Santalia, Bougainvillea, Bebuas, dan ada lagi yang penulis tak tahu nama pokoknya.

Tuesday, 19 September 2017

Bonsai: Anak-anak pokok Santalia (Sep 2017)

Anak pokok Santalia hasil dari cantasan (cuttings)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak kongsikan koleksi anak-anak pokok Santalia (wrightia religiosa). Anak-anak pokok ini penulis tanam hasil dari cantasan (cuttings). Untuk pengetahuan, pokok ini cukup senang untuk ditanam. Hanya dengan mencucuk sahaja hasil cantasan ke tanah, siram dan pastikan pada awal ianya ditanam, anak pokok ini tidak diletakkan di tempat yang direct sunlight. Ini adalah kerana anak pokok ini memerlukan tanah yang sentiasa lembab pada awal umurnya untuk kita pastikan akarnya mula tumbuh.

Monday, 18 September 2017

Bonsai: My Bougainvillea (Sep 2017)

My Bougainvillea

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini penulis ingin berkongsi pokok bunga kertas (bougainvillea) yang penulis tanam dari hasil cantasan pokok bunga kertas dari rumah parents. Pokok ini baru berumur 6 bulan dan kalau tak silap, bunganya bewarna ungu. Penulis tak berapa pasti sebenarnya sebab pokok ini belum pernah berbunga lagi.

Sunday, 17 September 2017

Bonsai: Tolong kawan rawat Bonsai Santalia Part 2

Bonsai Santalia; Pokok B dan Pokok A.


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak sambung berkongsi pengalaman merawat pokok bonsai Santalia milik rakan sekerja. Ada 2 pokok yang penulis namakan Pokok A dan Pokok B.

Saturday, 16 September 2017

Bonsai: Alat pencakar akar

Root Rake with Spatula (top), Root Rake with Faucet (middle), Spatula with Faucet (bottom). Photo is courtesy from Google 

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak berkongsi satu alat penjagaan pokok bonsai. Alat ini penulis namakan sebagai "pencakar akar" atau root rake.

Tuesday, 12 September 2017

Bonsai: Teknik melatih dahan (Sep 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua? Harapan penulis agar pengunjung dalam keadaan sihat walafiat.

Entri hari ni penulis nak kongsi sikit ilmu yang penulis belajar mengenai cara-cara melatih (train) pokok bonsai dengan kaedah melilit dawai pada dahan. Kaedah ini penulis belajar secara online dengan menonton salah satu klip video di YouTube.

Monday, 11 September 2017

Bonsai: Tolong kawan rawat Bonsai Santalia Part 1


Assalamualaikum wbt. dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak berkongsi pengalaman merawat pokok bonsai Santalia (wrightia religiosa) milik seorang rakan kerja. Beliau telah menjaga pokok ini sejak 5 tahun yang lalu. Menurut beliau, pokok ini tidak pernah ditukar pasu. Menurut beliau lagi, pada awal penjagaan banyak daun dan bunga yang dihasilkan tapi sejak dua menjak ni, daun macam tak nak keluar dan bunga pun dah jarang ada.

Friday, 8 September 2017

Bonsai: Kemaskini Bonsai Santalia2 (Sep 2017)

Bonsai Santalia (Santalia2 Sep 2017). Front view.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua? Harapan penulis agar para pengunjung yang sudi melawat blog ini dalam keadaan sihat walafiat di hari Jumaat yang mulia ini. Hari ini penulis nak kemaskini sikit mengenai pokok bonsai santalia (Santalia2). Sebelum ini penulis ada membuat posting untuk pokok ini (boleh klik pada link di sini.)