 |
| Bonsai Santalia |
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Hari ni penulis nak berkongsi satu lagi pokok bonsai milik penulis.
Bonsai Santalia. Kali ni penulis nak
re-pot atau tukar tanah. Aktiviti
re-pot ni penting untuk penjagaan pokok bonsai supaya pokok bonsai sentiasa segar dan mampu bertahan lama. Percaya tak kalau penulis katakan ada pokok bonsai yang hidup beratus tahun. Tuan punya atau penjaga pokok bonsai tu bertukar tangan turun temurun. Kenapa pokok bonsai ini boleh bertahan lama adalah kerana penjagaan yang baik dan salah satu sebabnya adalah aktiviti
re-potting.