Monday, 20 May 2013
Sir Alex Ferguson bersara
Tuesday, 9 April 2013
MUvsMC Prediction Contest by BOAR
Oleh kerana penyertaan untuk peraduan ini yang berakhir pada sepak mula jam 3:00 pagi 9hb April 2013 tidak mencapai syarat yang ditetapkan iaitu 50 penyertaan maka dengan sendirinya peraduan ini telah terbatal.
Sekian, harap maklum.
[UPDATE 1]
Adalah dimaklumkan, peraduan ini terpaksa ditunda ke tarikh baru atas sebab ada perubahan tarikh untuk jadual perlawanan antara Man United vs Man City apabila ditunda ke tarikh 9hb April 2013, maka saya juga terpaksa melanjutkan tempoh peraduan ini ke tarikh 9hb April 2013 jam 3:00AM.
Sekian, terima kasih dan harap maklum.
__________________________
Salam to all.
Monday, 8 April 2013
Clash of the titan
Friday, 8 February 2013
Man Utd juara EPL ke-19?
Manchester United (Man Utd) akan beraksi pada hujung minggu ini menentang Everton di Old Trafford. Kedudukan di tangga teratas dengan Man Utd yang mempunyai kelebihan 9 mata meninggalkan pesaing terdekat, Manchester City (Man City - noisy neighbours) adalah calon yang disebut-sebut untuk menjadi juara EPL yang mana akan menjadi juara yang ke-19.
Tuesday, 15 January 2013
Man Utd dahului liga EPL
Hari ahad lepas, duk melayan bola antara Man Utd vs Liverpool bersama anak bujang aku, Syafiq. Memang best game ni sebab Man Utd menang 2-1.
Sekarang ni Man Utd berada diatas sekali mendahului Man City (noisy neighbors) dengan 7 mata.
Harapan aku session ni Man Utd akan jadi juara liga EPL. Glory glory Man Utd.
Sekian.
Sunday, 13 January 2013
Ramalan MANU-LIV & ARS-MANC
Keputusan perlawanan
(1) MANU 2 - 1 LIV
- Man Utd: Robin van Persie 19', Nemanja Vidic 54'.
- Liverpool: Daniel Sturridge 57'
Tahniah kepada Helmi dan Aidil kerana ramalan tepat anda.
(2) ARS 0 - 2 MANC
- Arsenal:
- Man City: James Milner 21', Edin Dzeko 32'.
Tahniah kepada Ja'a kerana membuat ramalan yang tepat.
Sekian.
Isteri ada dinner di Sunway Lagoon.
Malam tadi aku jadi babysitter kepada anak-anak sebab syarikat tempat wife bekerja buat annual dinner bertempat di Sunway Lagoon.
Lebih kurang pukul 6.45pm aku dan isteri bertolak dari rumah bersama Aqil dan Danish. Syafiq, Allya, dan Irfan di rumah. Sampai di Sunway Lagoon lebih kurang pukul 7.20pm. Target sampai sebelum 7.45pm. Nasib baik trafik tak ketat sangat. So, boleh sampai lebih awal.
On the way balik.. tu diaaa... punya la ketat trafik kat area Sunway ni. Nasib baik aku sampai rumah around 8.00pm. Then bawak anak-anak semua gi rumah parents untuk dinner dan lepak-lepak di sana.
Lebih kurang jam 11.30pm, wife call kata dinner about to end. Then kejut anak-anak mana yang dah tidur dan head to Sunway Lagoon again. Bukan untuk mandi-manda tapi untuk pick up wife aje.
Sementara tunggu wife keluar.. sempatlah aku snap dua gambar pemandangan di luar bangunan tempat dinner wife. Oleh kerana dah lewat malam, anak-anak semua dah tidur dalam kereta dan tak dapat tengok suasana kat Sunway Lagoon.
Sampai rumah dan jam 12.30am dan aku terus layan EPL (Stoke vs Chelsea - Chelsea menang 4 kosong).
Malam ni giliran Man Utd pulak untuk game for this weekend.
Glory Glory Man Utd !!!.
Monday, 7 March 2011
Liverpool 3 - 1 Man Utd
Baru lepas tengok game antara Liverpool vs Man Utd. Memang diakui permainan Liverpool lebih mantap. Man Utd banyak buang bola.
Balik dari kedai mamak tadi dengan hampa sekali. :(





