Pages

Showing posts with label Syafiq. Show all posts
Showing posts with label Syafiq. Show all posts

Saturday, 29 June 2013

Handphone baru Allya dan Syafiq

Phone Syafiq dan Allya

Hari ni penulis ke Celcom Centre di Selayang untuk mendapat simkad baru phone number Allya sebab phone lama dia dah hilang. Dah agak lama phone dia hilang dan simkad dia pun dah lama tidak diambil di Celcom Centre.

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu

Aqil dan Danish on the way ke Taska.
Semalam keadaan jerebu di sekitar rumah penulis masih lagi teruk. Jadi penulis ambil keputusan beli 10 helai penutup hidung dan mulut untuk keluarga penulis. Penulis beli di Petronas lepas isi minyak dengan harga RM1 setiap satu. Tak tahulah kat tempat lain jual berapa ringgit.

Tuesday, 18 June 2013

Gunting rambut

Malam tadi bawak hero-hero semua (kecuali Danish) pergi gunting rambut memandang rambut dorang dah panjang. Terutamanya Aqil sebab dah nampak serabut. Antara hero-hero, Aqil seorang sahaja yang rambut kerinting.

Barber.. kasi potong stail budak sekolah punya.

Monday, 15 April 2013

Boys day out

Hari ni lepas balik dari kerja, penulis bawa anak bujang yang kedua, Irfan ke barber shop untuk gunting rambut. Kalau tengok, rambut dia takde la panjang sangat tapi dia kata cikgu dah suruh dia gunting rambut. So, walaupun penat penulis bawa jugak Irfan ke barber shop.

Sebelum.

Tuesday, 15 January 2013

Man Utd dahului liga EPL

Hari ahad lepas, duk melayan bola antara Man Utd vs Liverpool bersama anak bujang aku, Syafiq. Memang best game ni sebab Man Utd menang 2-1.

Sekarang ni Man Utd berada diatas sekali mendahului Man City (noisy neighbors) dengan 7 mata.

Harapan aku session ni Man Utd akan jadi juara liga EPL. Glory glory Man Utd.

Sekian.

Wednesday, 2 January 2013

Sesi persekolahan 2013 telah bermula

Hari ini 4 dari 5 orang anak-anak telah memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2013.

Amirul Syafiq masuk ke Tingkatan 1, Allya Nadhirah masuk ke Darjah 4, Amirul Irfan masuk ke Darjah 1, dan Muhammad Amirul Aqil masuk ke Tadika 4 tahun. Amirul Danish sahaja yang tinggal di Taska.
Semuanya berjalan dengan lancar.

Gambar Syafiq kat sekolah menengah tak ambik sebab terlupa. Lagipun kelam-kabut nak ke sekolah agama Allya dan Irfan dan juga nak gi tengok Aqil naik bas untuk balik ke Taska buat pertama kali.













Sekian.
__
Sent via Samsung Mobile

Monday, 19 November 2012

Syafiq: Keputusan UPSR

Hari ini diumumkan keputusan peperiksaan UPSR Syafiq setelah ditunda dari tarikh yang sepatutnya iaitu pada 10.11.2012.

Keputusan UPSR Syafiq lulus semua matapelajaran dengan keputusan penuh seperti berikut:-

1. BM Penulisan [A]
2. BM Pemahaman [C]
3. English [B]
4. Mathematic [B]
5. Science [B]
Syafiq mendapat 1[A] 3[B] 1[C]

TAHNIAH kepada anakku Amirul Syafiq dengan keputusan UPSRnya. Alhamdulillah. Syafiq dah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Tahun depan dah naik ke sekolah menengah. Kena belajar dari awal dan tingkatkan usaha untuk lebih berjaya.

Sekian.

Syafiq bergambar di hadapan sekolah untuk kenang-kenangan.







Sunday, 21 October 2012

Selamat hari lahir, Syafiq (12), Irfan (6)

Mummy dan Daddy nak ucapkan selamat hari lahir kepada Amirul Syafiq (12) dan Amirul Irfan (6) yang jatuh pada tarikh 25hb Oktober dan 12hb Oktober yang lalu. Semoga panjang umur.

Ucapan selamat hari lahir ini juga ditujukan kepada ibu (mertua) yang juga nenek kepada anak-anak kami.
Sambutan hari lahir tadi juga untuk Hadie (16) dan Farid (8) yang juga jatuh pada bulan Oktober.

Sekian.






Friday, 6 July 2012

Bawa anak2 tgk wayang

Hari ini adalah hari untuk ibubapa hadir ke sekolah untuk mengambil report card. Jadi aku dan isteri mengambil cuti sebab lepas ambik report card kami plan nak bawak Syafiq dan Allya untuk pergi tengok wayang. Bukan main seronok lagi dorang.

Lepas solat Jumaat di Masjid KLCC, aku dan Syafiq ke food court untuk lunch. Mummy dan Allya menunggu kami dalam Suria KLCC. Lepas lunch kami semua terus ke TGV untuk mengambil ticket yang telah dibeli secara online.

Kami tengok citer The Amazing Spiderman (2012). Best jugak Spiderman versi ni.


Bergambar selepas tengok movie.

Lagi gambar kenangan.

Happy face.

Saturday, 30 June 2012

Softball & KLCC Park & Wong Solo

Hari ni penulis membawa anak-anak (Irfan dan Aqil) ke padang di tempat kerja untuk sama-sama dengan penulis ke satu perlawanan softball antara Harimau Malaya (Malaysia) dan Hanshin Tigers (Jepun).
Barisan pemain dari Harimau Malaya & Hanshin Tigers
Penonton setia, Irfan dan Aqil.
Boring tengok orang tua bersukan, baik aku main game.
Kiri: Irfan dan Aqil bergambar bersama Okita-san.
Kanan: Irfan bergambar dengan Benten-san, Aqil takut dengan Benten.
Peace
 Lepas game, ada bbq kambing dan makan-makan. Memang sedap kambing panggang yang disediakan oleh caterer yang dipilih.
Kambing panggang
Belah petang pula, penulis dan isteri ke taman KLCC untuk bawa anak-anak beriadah.
















Lepas penat beriadah, kami semua singgah di restoran ayam bakar Wong Solo yang terletak di Kampung Baru. Boleh tahan juga masakannya. Restoran ni, isteri yang suggest.


Bergambar dulu sebelum makanan sampai.
Aqil dengan jus avocado
Kiri: Sotong goreng tepung.
Kanan: Ayam Bakar Wong Solo.

---
sent from samsung mobile