Assalamualaikum wbt.
Agak lama penulis tidak menghantar apa-apa entri ke blog ini.
Berikut adalah beberapa koleksi gambar yang diambil disekitar penulis, diedit dan dikongsikan ke akaun Instagram kepunyaan penulis.
Enjoy.
Wednesday, 11 December 2013
Sunday, 27 October 2013
HDR - rumah teres
Assalamualaikum wbt.
Ini pula gambar yang diedit sambil tunggu anak-anak dan isteri bersiap-siap untuk ke Hospital Slim River, Perak. Kami nak pergi melawat ibu kepada abang ipar yang dikhabarkan kena stroke.
Ini adalah gambar rumah teres. Suasana di hadapan rumah di pagi Ahad. |
Ini pula gambar yang sama seperti diatas tapi telah diedit ke hitam putih. Gambar ini telah di upload ke Instagram kepunyaan penulis. |
Sekian.
HDR - kasut sekolah
Assalamualaikum wbt.
Seronok pulak main edit-edit gambar guna apps untuk hasilkan gambar HDR effect. Gambar yang biasa-biasa tapi bila di process untuk dapatkan HDR effect nampak lebih menarik pulak.
Ini adalah gambar kasut sekolah anak yang sudah siap dibasuh dan sedia dipakai untuk ke sekolah esok. |
Itu sahaja untuk hari ini.
Sekian.
Saturday, 26 October 2013
HDR imaging
Assalamualaikum wbt.
Dah lama penulis tak menulis di blog ni. Hari ni penulis saja nak update blog dengan memaparkan gambar-gambar yang di edit menggunakan applikasi phone android yang baru penulis download untuk mendapatkan effect HDR (high-dynamic-range).
Dah lama penulis tak menulis di blog ni. Hari ni penulis saja nak update blog dengan memaparkan gambar-gambar yang di edit menggunakan applikasi phone android yang baru penulis download untuk mendapatkan effect HDR (high-dynamic-range).
Sekian.
Sent from Samsung Mobile
Monday, 12 August 2013
Raya di Semenyih
Assalamualaikum wbt.
Hari raya ketiga penulis beraya di rumah ibu mertua di Bandar Rinching, Semenyih. Dari Banting penulis terus ke Semenyih selepas selesai beraya di rumah bapa saudara isteri di Jenjarom. Kami sampai lebih kurang jam 12:30AM. Anak-anak dah tidur kepenatan sebab beraya.
Sunday, 11 August 2013
Raya durian runtuh
Assalamualaikum wbt..
Hari raya kedua kami balik beraya di Banting (kampung belah isteri) iaitu di Kampung Tali Air. Kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 10:00AM dan singgah sebentar di rumah parents sebab Ma ada nak bagi hadiah yang dibeli masa buat umrah tempoh hari pada ibu mertua penulis. Lebih kurang jam 11:00AM baru bertolak dari Gombak ke Banting.
Saturday, 10 August 2013
Hari Raya Aidilfitri 2013
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua? Alhamdullilah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya untuk kita menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.
Setelah bertahun-tahun kami beraya di Airport sebab menyambut parents yang buat umrah di bulan Ramadhan di Mekah, tahun ini kami beraya di rumah kerana tahun ini parents buat umrah 2 minggu lebih awal sebelum masuk bulan Ramadhan.
Sunday, 4 August 2013
Tuesday, 30 July 2013
Sunday, 28 July 2013
Plan tak jadi
Assalamualaikum wbt.
Semalam lebih kurang pukul 10:30AM, penulis dan isteri serta anak perempuan penulis, Allya, ke Sogo untuk beli beberapa barang. Bukan untuk beli barang persiapan raya atau baju-baju raya anak tapi just nak beli ampaian kain dan drawer baju anak aje. Baju raya untuk anak-anak, isteri dah beli siap-siap. Kami ke Sogo untuk beli barang-barang ni sebab buatan yang dijual kat Sogo agak tahan dan design yang dicari ada dijual disitu.
Saturday, 27 July 2013
Riadah ramadhan
Assalamualaikum wbt
Macam biasa setiap hari Jumaat malam Sabtu, lepas solat terawih, penulis akan ke Pro One Badminton Centre di Wangsa Maju untuk mengeluarkan peluh.
Hari ini agak lewat sikit penulis keluar rumah untuk bermain badminton sebab petang semalam penulis berbuka puasa di rumah parents dan berterawih bersama dengan parents dan ipar di rumah. Solat terawih habis pukul 10:30PM. Lepas solat terawih, kami minum-minum sebelum balik ke rumah masing-masing.
Friday, 26 July 2013
Hadiah misteri pemenang GA 10k followers Mialiana.com
Assalamualaikum wbt.
Penulis adalah penaja kepada segmen Giveaway 10k followers Mialiana.com yang berlangsung pada 7hb Julai 2013 hingga 21hb Julai 2013 tempoh hari.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang hadiah misteri dari blog of amir rofie.
Nasi lemak Ujang, Taman Greenwood
Kedai Nasi Lemak Ujang di Taman Greenwood, Gombak. |
Assalamualaikum wbt.
Semalam penulis teringin nak berbuka puasa dengan juadah Nasi Lemak Ujang yang terkenal dan sungguh popular di kawasan Gombak ini. Jadi, lepas asar gitu, penulis bagi message kepada isteri supaya tidak beli atau masak apa-apa juadah sebab penulis akan beli juadah berbuka pada hari ini (semalam).
Lokasi kedai nasi lemak Ujang ini terletak di deretan gerai makan di Taman Greenwood, Gombak. Memang beginilah situasi biasa (sila rujuk foto di atas) bila nak makan nasi lemak ujang.
Monday, 22 July 2013
Tips untuk selenggara Gmail
Memang tidak dinafikan sekarang ini banyak email yang masuk ke inbox dari beberapa media social seperti dari facebook, Google+, Google Groups, Yahoo! Groups dan sebagainya. Kadang-kadang boleh buat kita jadi serabut dan sukar untuk kita kategorikan email yang masuk itu dari mana.
Hari ini penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk menyelenggarakan Gmail anda supaya nampak kemas dan senang untuk kita ketahui dari mana datangnya email tersebut.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk selenggarakan Gmail anda.
Sunday, 21 July 2013
Berbuka puasa di Restoran Beriani Asif
Buat pertama kali pada bulan Ramadhan tahun ini, penulis membawa keluarga untuk berbuka puasa di luar. Lokasi tempat kami berbuka puasa adalah di Restoran Beriani Asif yang terletak di Lorong Padang Walter Grenier, Jalan Bukit Bintang. Restoran ini muncul dengan serta-merta di kepala penulis bila kami bercadang untuk berbuka puasa di luar hari ini.
Saturday, 20 July 2013
Riadah di bulan Ramadhan
Seperti di tahun-tahun lepas, penulis dan rakan-rakan sepermainan badminton meneruskan aktiviti riadah di bulan Ramadhan pada setiap hari Jumaat malam Sabtu.
Selepas selesai solat terawih, penulis akan bersama-sama dengan geng badminton akan turun ke Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju untuk mengeluarkan peluh.
Friday, 19 July 2013
Alvin-Vivian didakwa
Friday, 12 July 2013
Jalan-jalan di param.
Sejak hari pertama sehingga ke semalam (baru 2 hari), penulis tak pernah lagi ke pasar ramadhan (param) untuk membeli juadah berbuka puasa. Ini adalah disebabkan penulis balik kerja sampai rumah dan terus berbuka puasa. Tak sempat nak singgah mana-mana param dalam perjalanan balik dari tempat kerja.
Thursday, 11 July 2013
Giveaway 10K Followers Mialiana.com
Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.
Wednesday, 10 July 2013
Monday, 8 July 2013
Sujud
Just nak kongsikan cerita, pengalaman seorang anak di bulan Ramadhan ketika bersama ayahnya ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Cerita ini penulis perolehi dari rakan yang telah menghantarnya melalui applikasi WhatsApp.
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Tennis Wimbledon Championship 2013, The Final (MS).
Sunday, 7 July 2013
Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.
Entri yang berkaitan dengan pos ini :-
Part 1: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.
Selamat tinggal Krabi (Hari ketiga - Jumaat 21/06/2013)
Hari ini adalah hari terakhir kami di Krabi. Sebelah pagi, kami relaks di swimming pool. Lagipun tak de orang yang mandi-manda di swimming pool.
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.
Entri yang berkaitan dengan pos ini:-
Part 1: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.
Empat Pulau (Hari kedua - Khamis 20/06/2013).
Plan hari ini adalah untuk menikmati pakej satu hari lawatan dari pulau ke pulau yang kami tempah semalam. Kami bersarapan dahulu di resort. Sebelum bersarapan, kami bergambar dahulu di kawasan persekitaran bilik sebagai kenang-kenangan.
Part 1: Percutian di Krabi, Thailand.
Assalamualaikum wbt.
(PERHATIAN: Entri ini agak panjang dan penuh dengan gambar. Jadi, harap bersabar dengan proses loading.)
Entri yang berkaitan dengan pos ini :-
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.
Entri yang berkaitan dengan pos ini :-
Part 2: Percutian di Krabi, Thailand.
Part 3: Percutian di Krabi, Thailand.
Pada 19hb hingga 21hb Jun 2013 yang lepas, penulis bersama isteri tercinta telah ke Krabi, Thailand untuk pergi bercuti dengan memandu kereta. Kali ini percutian adalah untuk kami berdua sahaja. Penulis dan isteri meminta ibu mertua untuk menjaga anak-anak dirumah bersama dengan bibik harian yang kami bayar selama 3 hari semasa ketiadaan kami.
Percutian ini telah dirancang oleh isteri dan penulis sejak awal tahun lagi. Awal-awal lagi kami telah mengambil cuti dari majikan masing-masing.
Saturday, 6 July 2013
Riadah minggu ini
Pukul 06:50PM sebentar tadi kami sekeluarga habis beriadah di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju. Macam biasa, yang kecik dua orang tu hanya berlari-lari keliling gelanggang sambil pegang reket dan pukul bola tangkis dengan gaya macam main hoki.
Sunday, 30 June 2013
Riadah petang ahad
Hari ni penulis dan isteri sekali lagi bawa anak-anak ke gelanggang badminton di Pro One Badminton Centre untuk riadah. Banyak jugak peluh keluar. Anak-anak pun berpeluh-peluh jugak.
Saturday, 29 June 2013
Handphone baru Allya dan Syafiq
Phone Syafiq dan Allya |
Hari ni penulis ke Celcom Centre di Selayang untuk mendapat simkad baru phone number Allya sebab phone lama dia dah hilang. Dah agak lama phone dia hilang dan simkad dia pun dah lama tidak diambil di Celcom Centre.
Ultraman
Adakah Ultraman ini mampu menjaga keamanan dunia? |
Kat rumah ni ada enam (6) Ultraman yang akan menjaga keamanan rumah ini pada khasnya dan dunia ini pada amnya.
Thursday, 27 June 2013
Jerebu sudah berkurangan
Alhamdulillah.. dua hari lepas hujan dah turun di beberapa tempat di negeri Selangor termasuklah di Rawang dan Serendah.
Semalam pun, penulis balik dari tempat kerja, hujan juga terus renyai-renyai di kawasan Batu Caves.
Hari ni langit dah mula cerah menandakan udara semakin bersih. Syukur alhamdulillah.
Sekian.
Tuesday, 25 June 2013
Jerebu
Aqil dan Danish on the way ke Taska. |
Semalam keadaan jerebu di sekitar rumah penulis masih lagi teruk. Jadi penulis ambil keputusan beli 10 helai penutup hidung dan mulut untuk keluarga penulis. Penulis beli di Petronas lepas isi minyak dengan harga RM1 setiap satu. Tak tahulah kat tempat lain jual berapa ringgit.
Saturday, 22 June 2013
GT Japan 2013 di Sepang
Ahad (16/06/2013) yang lepas penulis bawa anak lelaki, Irfan ke Sepang untuk saksikan lumba kereta GT Japan 2013. Kalau ikut perangcangan nak bawak anak lelaki sulong (Syafiq) dan anak ketiga (Irfan) tapi nak main bola belah petang tu jadi penulis hanya bawa Irfan sahaja.
Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje.
Irfan Tahun 1 Sport Day 2013
Pada hari Jumaat (20/06/2013) yang lepas, di sekolah Irfan diadakan satu acara sukan untuk tahun 2013. Penulis dan isteri tidak dapat bersama dengan Irfan kerana tarikhnya jatuh pada hari kami berdua berada di Krabi. Anyway, tahniah kepada Irfan kerana menduduki tempat pertama.
Tahniah untuk Amirul Irfan |
Tuesday, 18 June 2013
Saturday, 8 June 2013
Honda Odyssey family day 2013, Kuala Ibai
Wednesday, 22 May 2013
Fakta tentang PISANG
Buah pisang (banana) |
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.Monday, 20 May 2013
Sir Alex Ferguson bersara
Pada 8hb Mei 2013, Sir Alex Ferguson (free wikipedia) telah menyatakan hasratnya untuk bersara sebagai pengurus pasukan Manchester United. Sir Alex Ferguson telah menjadi pengurus pasukan Manchester United sejak tahun 1986 - 2013. Selama 26 tahun beliau di kelab Manchester United, beliau telah memenangi 38 piala termasuklah 13 kali sebagai juara English Premier League (EPL) dan 2 kali juara UEFA Champions. Satu pencapaian yang menakjubkan.
Tip to hide Navigation Bar in Blogger
Today entry is to give you a tip on how you can hide Navigation Bar in Blogger.
Please follow steps below to hide your Navigation Bar
Click on image to enlarge |
Sunday, 19 May 2013
Restoran Beriani Asif Jalan Padang Walter Grenier
Hari ini penulis dan isteri bawa anak-anak makan tengah hari di Restoran Beriani Asif. Lokasi restoran ini adalah di Jalan Padang, Lorong Walter Grenier, Bukit Bintang.
Sebenarnya sudah banyak kali kami makan di sini. Cuma hari ini, penulis tergerak hati nak menulis tentang restoran ini. Restoran ini telah diperkenalkan oleh isteri penulis.
Sebenarnya sudah banyak kali kami makan di sini. Cuma hari ini, penulis tergerak hati nak menulis tentang restoran ini. Restoran ini telah diperkenalkan oleh isteri penulis.
Hangouts ganti Talk
Terdapat satu applikasi yang penulis selalu gunakan untuk buat video call kepada isteri bila berada di luar negara. Applikasi yang dimaksudkan adalah Google Talk. Memang senang dan mudah untuk gunakan applikasi ini bagi tujuan video call. Selain dari video call, pengguna juga boleh menghantar message kepada rakan dengan menggunakan applikasi ini.
Saturday, 18 May 2013
Riadah bersama ASBAC
Malam tadi penulis seperti biasa turun ke Pro One Badminton Centre di Wangsa Maju untuk beriadah bersama Team ASBAC. Acara ini sudah menjadi acara mingguan sejak lebih 15 tahun yang lalu.
Friday, 17 May 2013
Cara bagaimana letak Related Posts Widget di Blogger
Related Posts Widget adalah satu widget yang penting untuk meningkatkan page views dan dapat menyediakan entri yang berkaitan dalam blog anda. Ia juga boleh membolehkan seseorang pengunjung untuk berada lebih lama di blog anda.
Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang cara-cara bagaimana untuk meletakkan related posts widget di blog anda dengan menggunakan servis dari LinkWithin. Pada pendapat saya, widget ini adalah paling mudah untuk digunakan dan memberi kesan yang cukup baik dengan menawarkan entri post yang berkaitan.
Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang cara-cara bagaimana untuk meletakkan related posts widget di blog anda dengan menggunakan servis dari LinkWithin. Pada pendapat saya, widget ini adalah paling mudah untuk digunakan dan memberi kesan yang cukup baik dengan menawarkan entri post yang berkaitan.
Sunday, 12 May 2013
Selamat hari ibu
Kad ucapan dari anak-anak kepada ibu tersayang. Kad ucapan ini mewakili penulis dan anak-anak untuk isteri tersayang dan juga ibu mereka.
"SELAMAT HARI IBU"
Monday, 6 May 2013
Keputusan Rasmi PRU13
Rakyat Malaysia yang layak mengundi telah keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada 5hb Mei 2013 dari jam 8:00AM - 5:00PM. Berikut adalah beberapa pautan untuk mengetahui keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
- Kedudukan kerusi terkini PARLIMEN
- Kedudukan kerusi terkini Dewan Undangan Negeri (DUN)
- Keputusan terperinci PRU13 mengikut negeri
Berikut adalah keputusan pilihanraya di lokasi penulis mengundi untuk P.098 Gombak dan N.17 Gombak Setia.
Sunday, 5 May 2013
Hari mengundi PRU13
Saturday, 4 May 2013
Semak daftar pemilih untuk PRU13
Sebagai rujukan untuk daftar pemilih bagi memeriksa sama ada anda layak untuk mengundi pada Pilihanraya Umum yang ke-13 ini atau tidak.
Anda hanya perlu ke laman web berikut dan masukkan No Kad Pengenalan anda sahaja.
Sebagai rujukan juga, anda boleh memeriksa senarai calon yang layak bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman web berikut.
Senarai calon layak bertanding.
Sekian.
Sent from my Samsung mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)