Pages

Sunday, 24 April 2011

Gambar titisan air hujan

Lepas ambik Syafiq dari tuition tadi aku cepat-cepat ambik kamera sebab nak ambik gambar titisan air hujan kat daun-daun pokok bunga.

Dah dua hari aku tunggu peluang ni akhirnya hari ni aku berjaya. Banyak gambar yang di ambik tetapi hanya beberapa gambar je yang aku kira menjadi.

Inilah hasilnya..

Saturday, 23 April 2011

Gambar bunga

Aku cuba mempraktikkan apa yang telah diajarkan iaitu teknik komposisi, sharpness, bokeh. Rasanya belum cukup menarik.

_______________
Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Tuesday, 19 April 2011

Mata Irfan beransur pulih

Ini gambar terbaru Irfan. Semalam kerjanya makan ubat je. Seharian makan ubat. Hari ni dia nak gi sekolah sebab tadika dia ada buat lawatan ke kilang vitagen. Jadi utk join sama dengan kawan2 dia ke lawatan tu, dia kena sihat.

Kalau ikutkan masih bengkak lagi sikit tapi dah kurang banyak kalau nak dibandingkan dengan hari ahad dan semalam.

Yang kelakarnya masa nak taruk ubat titik, dia kata tak sakit tapi cuma terkejut je. Harap-harap dia ok la kot.
_____
sent from my nokia phone

Sunday, 17 April 2011

Baby Danish

Sejak dah pandai senyum ni, baby Danish asyik nak dilayan aje. Kalau tak layan, dia nangis. Tapi tak boleh bagi Aqil layan dia. Nanti kena pukul ngan Aqil. Pukul bukan jenis slow-slow punya pukul. Jenis pukul sekuat hati punya. Mungkin dia cemburu ngan adik dia sebab dia rasa macam orang dah tak beri perhatian sangat kat dia. Inilah masalah kalau dapat anak rapat-rapat.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Allya

Sekarang ni Allya dah darjah dua. Badan dia dah agak berisi sikit. Nak kena control makan. Tak boleh lagi makan benda-benda manis. Doktor pesan kena kurangkan makan kat McD. Dalam sebulan, sekali je boleh makan kat McD.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Syafiq layan movie

Kat rumah mak mertua tadi, Syafiq nak layan movie. Mula-mula dia nak tengok cerita Kungfu Panda tapi sebab portable harddisk tak bawak balik kampung so terpaksa la dia layan cerita The Lord of The Ring: The return of the king. Itu je cerita yang ada dalam thumbdrive.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Aqil yang keletihan

Tadi kat rumah nenek dia kat Bandar Rinching, bukan main lasak lagi. Dalam kereta nak balik rumah, dia sorang je yang masih segar. Yang lain semua dan lelap mata termasuklah maknya.

Tau-tau dia dah tertidur kat bawah, tempat letak kaki. Maknya perasan terus angkat tidur kat kerusi.

Sesampai rumah tadi terus sambung tidur kat tempat baring Danish. Letih sangat kot.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Irfan lepas makan ubat

Ini gambar Irfan tengah melepak kat sofa tengok kawan-kawan dia main kat luar. Irfan baru lepas makan ubat dan kena 2 titik ubat mata sebelah kiri dan kanan.

Dia tak boleh main sebab kena berehat kasi bengkak mata dia tu jadi surut. Kalau tak surut jugak mata dia, terpaksalah mak atau ayah dia ambik cuti jaga dia esok. Sure cikgu tak kasi dia gi sekolah lagi kalau masih bengkak.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Mata Irfan bengkak

Dah tiga hari mata irfan kejap bengkak, kejap ok, lepas tu bengkak balik. Time nak bawak gi klinik bengkak dia dah hilang. Jumaat lepas cikgu tadika dia suruh balik sebab mata dia bengkak. Sabtu time nak bawak gi jumpa doktor klinik kat rumah tutup pulak.

Hari ni paling teruk bengkaknya. Pagi tadi ok je masa kat rumah nenek dia. Balik dari rumah mak mertua tu baru nampak teruk.  Rasanya bila dia rasa gatal dia gosok (orang klate panggil genyeh mato) mata dia. Sebab tu lah jadi bengkak. Mungkin masa dia tidur dalam kereta tadi, dia genyeh-genyeh mata dia so terus bengkak.

Sekarang tengah menunggu doktor yang belum sampai-sampai lagi. Kata klinik bukak pukul 5. Ini dah 5.12pm pun doktor tak sampai lagi.

.... baru lepas jumpa doktor. Doktor kata mata Irfan kena infection. So, doktor kasi ubat antibiotik, ubat mata, dan ubat gatal. Ubat titik kena bagi 2 titik setiap 2 jam.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Monday, 11 April 2011

Danish dah pandai senyum

Sekarang ni Danish dah pandai tegur-tegur dan senyum-senyum. Sebenarnya nak ambik gambar dia senyum tapi Danish tak senyum-senyum pulak. Datang pulak Irfan duk ngacau lagi la dia tak senyum.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Sunday, 10 April 2011

Danish nak tidur

Danish yang baru lepas minum susu. Kekenyangan dan mata dah nak tutup. Perut kenyang, mata nak tidur la tuuu...

.....
sent from my htc device