Hari ni penulis dan isteri sekali lagi bawa anak-anak ke gelanggang badminton di Pro One Badminton Centre untuk riadah. Banyak jugak peluh keluar. Anak-anak pun berpeluh-peluh jugak.
Sunday, 30 June 2013
Saturday, 29 June 2013
Handphone baru Allya dan Syafiq
Phone Syafiq dan Allya |
Hari ni penulis ke Celcom Centre di Selayang untuk mendapat simkad baru phone number Allya sebab phone lama dia dah hilang. Dah agak lama phone dia hilang dan simkad dia pun dah lama tidak diambil di Celcom Centre.
Ultraman
Adakah Ultraman ini mampu menjaga keamanan dunia? |
Kat rumah ni ada enam (6) Ultraman yang akan menjaga keamanan rumah ini pada khasnya dan dunia ini pada amnya.
Thursday, 27 June 2013
Jerebu sudah berkurangan
Alhamdulillah.. dua hari lepas hujan dah turun di beberapa tempat di negeri Selangor termasuklah di Rawang dan Serendah.
Semalam pun, penulis balik dari tempat kerja, hujan juga terus renyai-renyai di kawasan Batu Caves.
Hari ni langit dah mula cerah menandakan udara semakin bersih. Syukur alhamdulillah.
Sekian.
Tuesday, 25 June 2013
Jerebu
Aqil dan Danish on the way ke Taska. |
Semalam keadaan jerebu di sekitar rumah penulis masih lagi teruk. Jadi penulis ambil keputusan beli 10 helai penutup hidung dan mulut untuk keluarga penulis. Penulis beli di Petronas lepas isi minyak dengan harga RM1 setiap satu. Tak tahulah kat tempat lain jual berapa ringgit.
Saturday, 22 June 2013
GT Japan 2013 di Sepang
Ahad (16/06/2013) yang lepas penulis bawa anak lelaki, Irfan ke Sepang untuk saksikan lumba kereta GT Japan 2013. Kalau ikut perangcangan nak bawak anak lelaki sulong (Syafiq) dan anak ketiga (Irfan) tapi nak main bola belah petang tu jadi penulis hanya bawa Irfan sahaja.
Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje.
Irfan Tahun 1 Sport Day 2013
Pada hari Jumaat (20/06/2013) yang lepas, di sekolah Irfan diadakan satu acara sukan untuk tahun 2013. Penulis dan isteri tidak dapat bersama dengan Irfan kerana tarikhnya jatuh pada hari kami berdua berada di Krabi. Anyway, tahniah kepada Irfan kerana menduduki tempat pertama.
Tahniah untuk Amirul Irfan |
Tuesday, 18 June 2013
Saturday, 8 June 2013
Honda Odyssey family day 2013, Kuala Ibai
Subscribe to:
Posts (Atom)