Monday, 3 May 2010
Syafiq start training badminton
Hari ahad lepas syafiq start training badminton bersama dengan dua orang sepupunya, Fatini dan Allysa. First day training couch hanya latih untuk baling shuttle dan swing reket. Bila dah pandai swing, barulah couch ajar pukul shuttle. Lepas hampir 2 jam berlatih swing reket, pukul shuttle, dorang buat latihan untuk fitness pulak.
Latihan diadakan setiap hari Ahad bermula dari pukul 4:00pm - 6:00pm. Next week nak tengok Syafiq nak continue lagi ke tidak berlatih badminton ni. Kalau dia nak continue maknanya dia berminat untuk bermain badminton.
Aku dah pun belikan reket jenis Asiaways untuk dia. Boleh la untuk permulaan. Next weekend kalau berkesempatan, aku akan belikan kasut badminton pulak.
Friday, 30 April 2010
Wife balik dari China
Banyak jugak dia beli barang-barang sourvenier untuk hubby dia ni dan of course untuk anak-anak, Walaupun tak banyak masa untuk shopping, dia still usaha cari sourveniers for the family. Katanya, banyak masa dihabiskan untuk melawat tempat-tempat menarik di Beijing termasuklah Great Wall of China.
Welcome back mummy..
Sunday, 25 April 2010
Irfan bersihkan laman utk majlis Aqiqahnya
Malam tadi Irfan tidur kat rumah neneknya sebab nak bermain dengan Sofia, sepupu dia. Ntah tidur pukul berapa dia ngan Sofia tu.
Pagi tadi Irfan bangun awal terus pergi tolong pak pak saudara dia bersihkan laman rumah. Aku sampai rumah parents, dia dah berpeluh-peluh. Dia bukan buat apa-apa pun just pegang penyapu tolak-tolak sampah. Tapi semangat Irfan tu yang patut dipuji.
Abang dia, Syafiq, macam biasa akan bersama dengan sepupu dia sorang lagi, Nazrul, untuk ke surau ikut atuk dia gi ngaji.
Saturday, 24 April 2010
Aqil rindukan mak nya.
Hari ni Syafiq tuisyen instead of pergi sekolah ganti. Dia kata bukan belajar pun kalau sekolah ganti. Cikgu suruh buat kerja sendiri aje. Allya ada kem solat kat sekolah dia sampai pukul 1.00pm. Irfan duk mengadu basikal dia rosak. Dia suruh betulkan rantai basikal dia yang tercabut. Lepas siap repair, dia layan naik basikal kat depan rumah sorang-sorang.
Petang ni, aku akan bawak anak-anak dan mak mertua ke rumah parents aku. Sebenarnya aku nak bersih-bersihkan sikit laman rumah tu sebab next week 1hb Mei akan diadakan majlis aqiqah Allya dan Irfan bersama-sama dengan sepupunya yang lain.
Malam tadi dapat panggilan wife dari China. Dia masih duk pesan itu ini. Aku rasa dia duk risau aku tak leh handle especially persiapan anak-anak masa ketiadaan dia. You just enjoy yourself kat sana, don't worry about us here. InsyaAllah, I will handle everything with help from Mak, hehehe..
Ok itu aje setakat ini.
Thursday, 22 April 2010
Wife ke China.
Sebelum bertolak, berkali-kali dia duk pesan buat itu, buat ini, baju anak, etc etc.. Dia duk pesan tu sebab takut aku terlupa, yang sememangnya aku ni pelupa. Nasib baik mak mertua datang untuk membantu. Kalau tak de mak mertua, huru-hara jadinya.
Wife akan berada di China selama 5 hari. Isnin balik Malaysia. Aku ambik cuti setengah hari nanti sebab nak gi ambik dia kat KLIA.
Wednesday, 14 April 2010
Pendrive 1Malaysia
Hasil dari pengiklanan itu, respon terhadap produk ni sungguh menggalakkan. Maklumlah design dia 1Malaysia yang sekarang ini hangat diperkatakan. Produk ini sesuai untuk dijadikan souvenier kepada staff, client, rakan-rakan diluar negara, atau sebagainya.
Di Mudah.my anda boleh search for "Pendrive 1Malaysia" dan anda akan jumpa dengan iklan yang saya masukkan.
Kepada yang berminat, bolehlah hubungi saya di alamat email amirofie[at]gmail[dot]com. Nyatakan nama, alamat penghantaran, nombor phone (jika mahu), dan kuantiti tempahan. Cara pembayaran dan penghantaran, akan dibincangkan selepas menerima tempahan dari anda.
Serba sedikit mengenai produk ini:-
Harga: RM45.00
Kapasiti: 4GB
Aksesori: Lanyard (tali) diberikan secara percuma.
Casing Pendrive 1Malaysia: Tambahan RM3 setiap satu.
Sekian.
----------
Sent from my nokia device.
Sunday, 11 April 2010
Syafiq nak bela ikan.
Dalam perjalanan balik rumah, bawak Syafiq dan Nazrul (Nazrul ikut balik rumah sebab dia bagitau parents dia suruh ambik kat rumah ayah ngah, that's me) ke kedai ikan kat Taman Gombak. I bought ikan gappy 4 ekor (2 jantan, 2 betina), bekas untuk letak ikan termasuk aksesorinya sekali.
Pesan kat Syafiq suruh dia jaga ikan tu betul-betul. Jangan bagi mati. Bagi ikan tu makan setiap hari without fail.
Aqil dah pandai berdiri sendiri
Cuma yang daddy marah ni sebab Aqil suka sangat buat sepah. Habis majalah mummy Aqil koyakkan. Kat tangan tu ada je makanan. Mentang-mentanglah gigi dah tumbuh banyak. Sekarang ni dah ada 5 gigi belah atas dan 2 gigi belah bawah.
Oklah, sekian
Gambar-gambar dalam phone
Gambar atas kanan: Aqil baru belajar nak naik kuda. Gambar atas kiri: Allya tersenyum lebar sambil pegang adik dia, Aqil. Gambar bawah kanan: Syafiq tak sabar nak gi melompat, tapi sebelum melompat, dia kena jaga adik dia untuk ambik gambar. Gambar bawak kiri: Irfan dengan gaya nak terjun, memang payah nak ambik gambar dia ni.
Tolong adik buat blog
Lebih kurang pukul 11.30pm aku hantar Syafiq ke rumah parents aku sebab dia dan sepupunya akan ikut atuk dia ke surau untuk belajar ngaji lepas subuh. Sebelum aku sempat balik, Apit, adik aku mintak tolong ajar buat blog untuk aktiviti dia masa di maktab perguruan. So dalam masa lebih kurang 2 jam aku duk ajar maka terhasillah blog dia tu. Alamat blog dia macam ni hafidzrofie.blogspot.com .
Hari ni aku tengok dia dah masukkan hasil kerja masa dia di maktab perguruan tu. Selamat maju jaya untuk Apit dalam bidang professional yang diceburinya itu.
Saturday, 10 April 2010
Love you..
Untuk pengetahuan mana-mana yang tak tahu cara macam mana nak fokus kamera bila guna kamera handphone Nokia E71, anda hanya perlu tekan nombor 2 sehingga objek yang nak diambil itu clear dan handphone akan mengeluarkan dua bunyi beep. Lepas tu barulah tekan butang tengah untuk ambil gambar.
Friday, 9 April 2010
Muhammad Amirul Aqil
Sekarang ni Amirul Aqil sudah nak masuk 11 bulan. Dia dah pandai berjalan sikit-sikit tapi kalau merangkak, bukan main laju lagi. Dah pandai bergurau dengan abang-abang dan kakaknya.
Oklah, itu sahaja untuk setakat ini.