Seperti biasa pada setiap hari khamis malam Jumaat, kami akan berkumpul di rumah parents untuk sesi mengaji Al-Quran, berguru dengan Tuan Haji Rofie dan Hajah Rahmah merangkap ibu bapa kami. Malam ini (Khamis, 22hb November 2012) agak berbeza sedikit dari malam-malam sebelumnya kerana malam ini diadakan malam Anugerah Cemerlang Seri Kenangan 2012 (ACSK) bagi warga keluarga Seri Kenangan.
Sebelum itu Keluarga Gombak Selatan (Chef Aswad & Norhidayah) telah menjemput semua ahli keluarga untuk satu sesi solat hajat beramai-ramai. Tujuannya solat hajat diadakan untuk keselamatan Norhidayah yang pada ketika ini sedang mengandungkan anak ke-2 yang telah masuk bulan ke-8.
Tujuan ACSK ini diadakan sebagai motivasi kepada anak-anak kepada Keluarga Seri Kenangan yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun, peperiksaan UPSR, peperiksaan tadika sekolah masing-masing. Hadiah berupa wang ringgit telah disumbangkan oleh ibubapa kami yang merangkap atuk (Ki) dan nenek (Wae) kepada anak-anak keluarga Seri Kenangan termasuklah keluarga kami.
Antara penerima-penerima anugerah adalah seperti berikut:-
Mohd Nazrul Hisyam Halim Shah, dari Keluarga Desa Petaling |
Mohd Naufal Halim Shah dari Keluarga Desa Petaling |
Amirul Syafiq dari Keluarga Samudera |
Amirul Syafiq menerima sumbangan dari Achik Shana (dari Keluarga Shah Alam). Penyumbang khas untuk kategori UPSR untuk malam ACSK2012. |
Adylyn Fatini dari Keluarga Melati |
Allya Nadhirah dari Keluarga Samudera |
Adylyn Alyssa dari Keluarga Melati |
- Safirah Nayly Mohd Safri dari Keluarga Batu Muda.
- Mohd Ilham Addylly Faisal dari Keluarga Melati.
Allya Nadhirah, Amirul Irfan bergambar bersama Mummy (Joharita) selepas menerima anugerah cemerlang. KDK No.1.
TAHNIAH!!
|
Majlis penyampaian anugerah ini diakhiri dengan jamuan nasi arab yang disponsor oleh Chef Aswad dan Norhidayah.
Sekian.
Nota kaki: Tiada gambar semasa jamuan makan-makan kerana jurugambar sibuk nak makan.