Pages

Sunday, 27 January 2013

Terapi PERNAFASAN untuk SAKIT KEPALA dan KELETIHAN (BREATHING therapy for HEADACHE and TIREDNESS)

Hari ni hanya nak kongsikan email yang diterima dari hamba Allah tentang satu terapi pernafasan untuk sakit kepala dan keletihan.

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).


Monday, 21 January 2013

Dinner di Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam.

Malam ni aku bawa isteri keluar dinner di satu tempat yang dicadangkan oleh Chef Aswad. Sebuah restoran kendalian "multi award winning chef" yang tidak asing lagi iaitu Chef Zubir (Chef Zubir adalah juri untuk rancangan tv realiti masakan, MasterChef Malaysia. Dinner ini aku memang plan sempena menyambut hari lahir isteri yang jatuh pada 14hb Januari 2013.

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que. Lokasi restoran ini adalah di Seksyen 13, Shah Alam. Detail mengenai restoran ini boleh diperolehi dari laman web Laman Grill dan laman facebook Laman Grill Bar-B-Que.


Sunday, 20 January 2013

MAYBANK Malaysia Open 2013 Final

Hari ni aku tak pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir. Tiket ada tapi rasa malas pulak nak pergi stadium sebab game tak best. Boleh tengok kat tv aje.

Hari basikal

Hari ni aku berjaya juga buang basikal anak-anak yang dah lama tak pakai. Basikal yang rosak dan masih boleh dibaiki, aku hantar ke kedai basikal. Basikal ni adalah basikal yang pertama aku belikan untuk Amirul Syafiq (anak sulung aku dan kini dah masuk sekolah menengah) masa dia kecik lagi. Basikal ini akan dibaiki dan akan diambil alih oleh Amirul Irfan.

Irfan excited sebab basikal abang Syafiq bakal jadi miliknya.

Saturday, 19 January 2013

MAYBANK Malaysia Open 2013 Semi-Final


Pagi tadi dapat panggilan talipon dari adik. Dia (Cikgu Hafidz) ajak tengok badminton kat Bukit Jalil bersama dengan adik ipar, Chef Aswad (peminat tegar dunia badminton tanahair), sempena Maybank Malaysia Open 2013.

Sebenarnya tahun ni aku tak ikut sangat perkembangan dunia badminton Malaysia walaupun aku adalah peminat sukan badminton ni sebab.. hmm.. ada la sebabnya. Takleh bagitau kat sini, nanti kena tangkap.