Pages

Friday, 11 January 2013

Danish lagi

Gambar Danish ni diambil dilaman rumah Abang Di masa trip ke Penang tempoh hari. Danish akan sambut hari lahirnya yang ke-2 esok.

Empat sekawan

Gambar ini diambil masa cuti sekolah yang lepas. Masa ni kami sekeluarga beramai-ramai ke Kuala Terengganu untuk majlis kenduri kahwin anak sepupu. Kami tinggal di sebuah Homestay yang diusahakan oleh orang tempatan.

Gambar dari kiri: Ilham, Aqil, Danish, dan Hazim.

Cubaan hantar entri guna Blogger Apps from Google Play

Aku baru download satu applikasi dari Google Play iaitu Blogger for Android. Entri ini adalah sebagai percubaan menggunakan applikasi tersebut.

Jika applikasi ini bagus.. mungkin selepas ini aku akan menggunakan applikasi ini sahaja untuk menghantar entri baru ke blog ini. Sebelum ini pernah juga download dan installed satu applikasi yang dinamakan Bloggeroid tapi ianya tidak memuaskan hati.

Selama ini aku hanya menghantar entri menggunakan email atau dari new post di Dashboard sahaja. Jadi sekarang nak cuba applikasi ini pula.

Sekian

[Update]
Nampaknya applikasi ini amat memuaskan hati. Jadi, saya nak syorkan kepada anda yang menggunakan blogspot sebagai laman blog anda dan menggunakan Android smatphone (sebagai peranti untuk menulis blog) untuk mencuba applikasi ini. Anda boleh download applikasi ini di Google Play.

Antara ciri-ciri yang memuaskan hati adalah:-
1. Lampirkan (attach) photo. Boleh pilih untuk set saiz gambar (edit dalam Setting).
2. Masukkan link.
3. Papar (view post).
4. Ubahsuai (edit post).
5. Kongsi (share post).
6. Padam (delete post).
7. Tambah lokasi dimana anda menghantar pos.
8. Tambah label untuk pos anda.
9. Boleh simpan sebagai draft sebelum diterbitkan pos anda.

Antara ciri-ciri yang ingin ditunggu jika ada update version:-
1. Meletakkan gambar di mana-mana sahaja ruang didalam entri. Applikasi sekarang hanya meletakkan gambar dipenghujung entri sahaja.
2. Meletakkan "caption" pada setiap gambar.

Monday, 7 January 2013

Trip ke penang

Hari Sabtu lepas (05.01.2013) kami sekeluarga ke Penang untuk jalan-jalan ke rumah abang yang dah lama kami tak pergi. Kami bertolak dari Gombak lebih kurang dalam pukul 11.45am. Plan asal nak bertolak awal pagi tapi memandangkan kami akan berada di sana hingga Ahad petang dan tiada masa untuk persiapan sekolah anak, jadi kami ambik keputusan untuk bertolak lewat sedikit.

Awal-awal pagi isteri sudah mula membasuh pakaian, mengemas rumah dan packing pakaian untuk dibawa ke Penang sebab malam tadi tak sempat nak packing kerana keletihan setelag seharian bekerja. Anak-anak menyiapkan homework dan basuh kasut sekolah.

Setelah semuanya selesai, kami bertolak ke Penang lebih kurang jam 11.45am.



Kami berhenti di Hentian Sebelah Ladang Bikam untuk makan tengahari. Menu kami adalah nasi lemak buatan sendiri hasil air tangan isteri.




Selesai makan tengahari kami meneruskan perjalanan. 




Tiba di Semanggol, trafik agak perlahan sebab ada lori bawak besi buruk terbalik kat tengah jalan. Lebih kurang 40 minit kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam setengah menjadi lebih kurang 5 jam.

Kami sampai di rumah Abang Di dan Kak Ela di Bukit Mertajam lebih kurang pukul 5.00pm.

Kami disambut dengan mesra oleh Abang Di dan Kak Ela dan anak-anak mereka, Faiz, Najmi, Amelia, dan Hannah. Anak-anak pun seronok sebab dah sampai di destinasi yang dituju. Amelia dan Hannah cukup seronok sebab dapat jumpa dengan Allya. Nina tiada di rumah sebab bekerja.

Malam tu kami makan malam di Key's Char Keow Teow. Di samping char keow teow, kami juga order sate dan nasi lemak.







Selesai makan di Key's, kami buat simple BBQ di rumah Abang Di. Sambil bakar sosej dan sambil borak. Malam tu aku tidur agak lewat sebab nak tengok game West Ham vs Man Utd untuk Piala FA. Keputusan seri 2-2.







Pagi Ahad kami sarapan nasik lemak, nasi berlauk dan roti canai. Tengahari pulak kami order Nasi Beriani Ayam Ros. Memang sedap.








Selesai makan tengahari, wife berkemas untuk pulang ke KL. Habis berkemas, kami berempat bersama Abang Di dan Kak Ela ke stesen bas di Butterworth untuk beli jeruk mangga dan buah pala untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.




Balik dari beli jeruk, tengok anak-anak tengah santai di laman rumah sementara menunggu untuk balik ke KL.





Lebih kurang pukul 4.30pm kami bertolak ke KL. Singgah di Ulu Bernam untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Kami tapau mee rebus ayam "Tu dia Pak Tam" untuk dibawa balik ke rumah. Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.30pm tanpa sebarang masalah.

Memang seronok perjalanan kami ke Penang kali ni walaupun tak ke mana-mana tempat menarik dan hanya lepak di rumah Abang Di dan Kak Ela saja. Lagipun kami ke sana hanya untuk santai sambil ziarah mereka sahaja. Memang tiada plan pun untuk makan angin di bandar Penang atau ke Bukit Bendera. Mungkin lain kali sahaja sebab memikirkan kami akan letih dan lesu jika ke tempat-tempat seperti yang disebut tadi. Lagipun kami tak ambik cuti pada hari Isnin dan anak-anak pun sekolah.

Terima kasih kami ucapkan pada Abang Di dan Kak Ela for goodhospitality dan juga kerana menerima kami yang berikan very short notice untuk ke sana. 

Sekian.
__
Sent via Samsung Mobile

Wednesday, 2 January 2013

Sesi persekolahan 2013 telah bermula

Hari ini 4 dari 5 orang anak-anak telah memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2013.

Amirul Syafiq masuk ke Tingkatan 1, Allya Nadhirah masuk ke Darjah 4, Amirul Irfan masuk ke Darjah 1, dan Muhammad Amirul Aqil masuk ke Tadika 4 tahun. Amirul Danish sahaja yang tinggal di Taska.
Semuanya berjalan dengan lancar.

Gambar Syafiq kat sekolah menengah tak ambik sebab terlupa. Lagipun kelam-kabut nak ke sekolah agama Allya dan Irfan dan juga nak gi tengok Aqil naik bas untuk balik ke Taska buat pertama kali.













Sekian.
__
Sent via Samsung Mobile