Pages

Showing posts with label Applikasi. Show all posts
Showing posts with label Applikasi. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

Hangouts ganti Talk


Terdapat satu applikasi yang penulis selalu gunakan untuk buat video call kepada isteri bila berada di luar negara. Applikasi yang dimaksudkan adalah Google Talk. Memang senang dan mudah untuk gunakan applikasi ini bagi tujuan video call. Selain dari video call, pengguna juga boleh menghantar message kepada rakan dengan menggunakan applikasi ini.

Friday, 8 February 2013

Persediaan balik kampung

Malam ini hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Hujan rahmat barangkali. Kepada pengungjung yang mengambil peluang bercuti di kampung halaman sempena cuti tahun baru cina, selamat memandu, moga sampai ke destinasi dengan selamat.

Penulis sekeluarga juga akan pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu untuk bercuti di sana dan juga untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Kami sekeluarga akan bertolak esok pagi memandangkan malam ini ramai yang sudah memulakan perjalanan ke pantai timur.



Friday, 1 February 2013

Website speed test

Hari ini blogwalking ke salah satu blog follower dan terbaca satu entry yang menarik minat penulis untuk mencuba. Terima kasih diucapkan kepada Belog JCB kerana berkongsi ilmu.

Inilah hasil yang diperolehi setelah menggunakan website speed test ini.


Anda juga boleh mencuba website speed test ini di iwebtool untuk mengetahui tahap prestasi kelajuan blog/website anda.

Sekian dan selamat mencuba.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.

Friday, 18 January 2013

Upgrade to Google+ Profile

Hari ini aku mencuba satu lagi produk Google iaitu Google+. Selama ni hanya tengok sahaja dan tak berani nak cuba. Lepas upgrade ni rasanya aku perlu ambik masa sikit untuk study macam mana nak guna benda alah ni.


Friday, 11 January 2013

Cubaan hantar entri guna Blogger Apps from Google Play

Aku baru download satu applikasi dari Google Play iaitu Blogger for Android. Entri ini adalah sebagai percubaan menggunakan applikasi tersebut.

Jika applikasi ini bagus.. mungkin selepas ini aku akan menggunakan applikasi ini sahaja untuk menghantar entri baru ke blog ini. Sebelum ini pernah juga download dan installed satu applikasi yang dinamakan Bloggeroid tapi ianya tidak memuaskan hati.

Selama ini aku hanya menghantar entri menggunakan email atau dari new post di Dashboard sahaja. Jadi sekarang nak cuba applikasi ini pula.

Sekian

[Update]
Nampaknya applikasi ini amat memuaskan hati. Jadi, saya nak syorkan kepada anda yang menggunakan blogspot sebagai laman blog anda dan menggunakan Android smatphone (sebagai peranti untuk menulis blog) untuk mencuba applikasi ini. Anda boleh download applikasi ini di Google Play.

Antara ciri-ciri yang memuaskan hati adalah:-
1. Lampirkan (attach) photo. Boleh pilih untuk set saiz gambar (edit dalam Setting).
2. Masukkan link.
3. Papar (view post).
4. Ubahsuai (edit post).
5. Kongsi (share post).
6. Padam (delete post).
7. Tambah lokasi dimana anda menghantar pos.
8. Tambah label untuk pos anda.
9. Boleh simpan sebagai draft sebelum diterbitkan pos anda.

Antara ciri-ciri yang ingin ditunggu jika ada update version:-
1. Meletakkan gambar di mana-mana sahaja ruang didalam entri. Applikasi sekarang hanya meletakkan gambar dipenghujung entri sahaja.
2. Meletakkan "caption" pada setiap gambar.