Pages

Tuesday, 23 April 2013

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

Pada hari Ahad 21hb April 2013 yang lalu, penulis telah menerima satu email dari En. Hasrul Hassan iaitu tuan punya blog Panduan Blogger yang telah menjemput penulis untuk turut serta dalam Kontes Panduan Blogger. Pada mulanya penulis tak berapa berani nak join kontes ini sebab al-maklumlah kurangnya ilmu di dada terutama pasal penulisan blog tetapi akhirnya penulis memberanikan diri juga untuk turut sama join kontes ini.

Jika anda ingin turut serta dalam peraduan ini, bolehlah klik pada banner di bawah untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan, cara-cara bagaimana ingin menyertai kontes ini serta hadiah yang ditawarkan. Kontes ini akan berakhir pada 30hb April 2013.

Klik pada banner untuk turut serta dalam kontes ini.



Sepanjang pembabitan penulis dalam dunia blog ini, tidak pernah mengetahui apa itu Google Pagerank (PR) apatah lagi apa kepentingannya. Untuk menjawab soalan ini, penulis telah membuat homework dan berusaha mencari maknanya dari laman-laman web termasuk blog Panduan Blogger dan cuba memahami apa itu Google PageRank dan apakah kepentingannya.

Jika dirujuk kepada laman web wikipedia, Google Pagerank ini adalah sempena nama salah seorang pengasas Google Inc. yang bernama Lawrence "Larry" Page.

Pada asasnya, laman web yang mempunyai PageRank yang tinggi mempunyai tahap kebarangkalian yang tinggi untuk berada di atas sekali dalam keputusan carian Google. Ini adalah kerana mengikut kata Larry Page, enjin carian yang sempurna adalah sesuatu yang memahami kehendak sebenar pengguna dan memberikan hasil yang sebenar apa yang pengguna itu cari.

Jadi, bagaimana cara untuk meningkatkan PageRank sesuatu laman web supaya enjin carian dapat memberikan keputusan yang baik bila sesuatu kata kunci dicari? Salah satu caranya adalah dengan meletakkan beberapa backlink (pautan kembali) di laman web anda dan dipautkan ke laman web popular yang mempunyai kata kunci yang sama atau yang seakan-akan dengan kata kunci yang dicari tadi. Anda boleh rujuk di internet tentang cara-cara untuk tingkatkan PageRank laman web anda.

Oleh kerana ilmu bagaimana cara untuk meningkat PageRank ini baru sahaja diketahui oleh penulis maka penulis merasakan ianya amat penting sekali untuk digunakan di blog penulis (yang tak seberapa ini) untuk meningkatkan PageRank blog ini. Ini adalah kerana penulis banyak membuat entri pasal percutian di tempat-tempat menarik seperti di Cameron Highlands, Swiss Garden Resort & Spa, Genting Highlands, Impiana Resort, Avillion Resort, Thistle Resort dan ada juga penulis membuat entri mengenai beberapa restoran terkenal seperti Laman Grill kepunyaan Chef Zubir, Restoran Al Rawsha, Restoran Island BBQ and Steamboat. Jadi, entri sebegini boleh dijadikan panduan kepada pengguna internet yang lain untuk mengetahui serba sedikit tempat-tempat yang penulis nyatakan diatas.



Ada banyak tips yang kita boleh gunakan untuk menepati ciri-ciri SEO. Oleh kerana pihak penganjur menetapkan hanya satu (1) tip sahaja maka saya memilih tip berikut:-
  • Letakkan satu pautan luar untuk setiap entri - Apa yang dimaksudkan dengan pautan luar ini adalah kita membuat satu pautan ke laman web yang mempunyai kata kunci yang sama atau lebih kurang sama dengan kata kunci pilihan kita. Pastikan entri blog kita mempunyai kaitan dengan laman web atau blog yang kita ingin pautkan. Ini adalah penting kerana enjin carian akan meletakkan laman web yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain sebagai satu laman web yang popular dan akan didahulukan dari laman-laman web yang lain walaupun mempunyai kata kunci yang sama. Dengan cara ini juga, ianya boleh menaikkan nilai PageRank untuk blog atau laman web kita.
Oleh kerana penulis ingin menambah ilmu dalam cara penulisan blog yang baik, penulis terpaksa melanggar syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur yang mana hanya menetapkan satu (1) tip sahaja untuk Soalan Kedua dalam Kontes Panduan Blogger ini. Tujuan penulis adalah sebagai nota penulis sendiri yang telah membuat homework sejak dua malam yang lalu. Jadi, tip-tip lain untuk mendapatkan ciri-ciri SEO yang baik adalah seperti berikut:-
  • Template Blog - Penggunaan tag H1 adalah penting bagi paparan utama dan untuk setiap entri di dalam blog. Ini adalah kerana, enjin carian akan mendapatkan tag H1 ini dahulu sebagai satu signal yang kuat untuk mengetahui apa isi kandungan entri blog atau laman web tersebut. Template perlulah ringan untuk page loading yang pantas. Elakkan pengunaan widget dan javascript yang banyak kerana ini sedikit sebanyak memperlahankan kelajuan sesuatu entri tu untuk loading sepenuhnya.
  • Meta tag dan deskripsi setiap entri - Ini adalah satu kaedah SEO On-Page yang begitu mudah untuk kita gunakan jika menggunakan Blogger sebagai laman blog kita. Cara untuk memasukkan meta tag dan deskripsi ini adalah dengan memasukkan kata kunci atau sedikit penerangan mengenai entri yang dibuat di ruangan Search Description di bahagian kanan editor page di bawah Post settings. Penulis sudah mula kemas-kini entri-entri terdahulu dan difikirkan perlu untuk dijadikan rujukan kepada pengguna internet untuk mendapatkan informasi bagi sesuatu kata kunci.
  • Kandungan entri ada hubung-kait dengan tajuk - Enjin carian akan merujuk kepada tajuk entri anda yang ada kata kunci popular, dan seterusnya akan melihat pula isi kandungan entri anda. Jika tajuk entri anda mempunyai hubung-kait dengan isi kandungan entri anda dibahagian awal, pertengahan dan diakhir entri anda, ini akan meletakkan entri anda itu sebagai mempunyai ciri-ciri SEO yang bagus dan kebarangkalian blog anda diutamakan oleh enjin carian untuk keputusan pencarian adalah agak tinggi.




Penulis berpendapat bahawa untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia adalah amat sukar sekali. Akan tetapi, pengusaha blog boleh mencuba menarik pengunjung supaya menjadi pembaca setia sesuatu blog dengan beberapa cara dan salah satunya adalah dari segi penampilan blog tersebut. Bagi penulis, ianya amat penting sekali.

Penampilan yang dimaksudkan disini adalah :-
  • Gaya penulisan - Ayat-ayat yang mudah difahami dan bahasa yang tidak berat untuk dibaca. Pengunjung akan merasa senang dan relaks untuk membaca gaya penulisan sebegini dan secara tidak langsung akan mengambil keputusan untuk terus mengikuti blog anda.
  • Blog template - Pemilihan warna yang sesuai dengan isi kandungan blog. Tidak banyak penggunaan javascript atau flash yang tidak sesuai dengan browser yang pengunjung guna. Ini kerana tidak semua pengunjung menggunakan browser yang sama diguna-pakai oleh tuan punya blog. Page loading yang cepat dan rekabentuk blog yang teratur juga adalah faktor penting untuk memberikan penampilan yang baik untuk sesuatu blog. Bak kata orang, biar sedap mata memandang. Bilangan iklan yang terlalu banyak juga boleh mengganggu tumpuan pengunjung. Ini akan menyebabkan pengunjung merasa bosan dan mungkin akan mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke laman blog tersebut.
  • Isi kandungan - Penulis juga berpendapat bahawa penampilan dari segi isi kandungan sesuatu blog itu mestilah berkisar atau tidak lari dari tajuk entri yang dipilih. Isu kandungan blog itu juga mestilah relevan dengan pemilihan tema blog tersebut. Sebagai contoh, jika tema blog itu adalah mengenai review sesebuah novel tetapi tuan punya blog banyak bercerita hal politik, jadi ianya sudah lari dari tema asal dan ini boleh menyebabkan pengunjung tadi merasakan tidak berbaloi untuk dia melayari blog tadi dan akan mencari sumber lain untuk diikuti.


Penulis ingin berterima kasih kepada En. Hasrul Hassan iaitu pengelola kepada laman blog Panduan Blogger yang telah banyak memberi panduan kepada ramai pengusaha blog untuk menghasilkan blog yang berkualiti. Sejak kebelakangan ini blog beliau telah menjadi tempat rujukan penulis menimba ilmu bagi menghasilkan laman blog yang lebih baik.

Dengan adanya Kontes Panduan Blogger sebegini secara tidak langsung akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan penulis tentang cara-cara bagaimana untuk meletakkan laman blog penulis yang tidak seberapa ini di mata dunia pada satu hari nanti. InsyaAllah.

Sekian.



5 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian yang berguna.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Bagus contest ini...selain dari menjawab soalan ianya dapat membuka minda kita mengenai ilmu ber blog yg tidak kita ketahui sebelum ini. Membuatkan kita mencari dan memahaminya lalu berkongsi ilmu... Semoga anda berjaya!

    ReplyDelete
  3. Tahniah..amir rofie,,,jawapan yang padat, tepat dan susun atur ayat yang terbaik. Semoga bro..dpt jadi pemenangnya. Insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda. Buat saya lebih bersemangat.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.