Pages

Saturday, 27 April 2013

Tips kepada ejen insuran untuk pengamal ilmu hitam

Pagi ini penulis menerima satu email dari group facebook yang kongsikan satu audio video di YouTube. Audio video mengenai cara-cara untuk mengelak dari ejen insuran.

Anda boleh saksikan atau dengar sendiri bagaimana seorang pengguna memberi maklum balas kepada seorang ejen insuran (Pn. Shida) yang ingin mencari client (En. Norhashim Mohd Noh) untuk syarikat insuran tempat dimana dia bekerja. Sila dengar audio video dibawah.


Penulis ingin memberi sedikit komen kepada syarikat insuran terutamanya Syarikat Mutipurpose Insuran Berhad.

Wednesday, 24 April 2013

Anak keracunan makanan

Sejak dua hari lepas anak-anak penulis telah mengalami keracunan makanan termasuklah isteri penulis sendiri. Kami tak pasti dari mana punca kami sekeluarga (kecuali penulis dan anak bongsu penulis, Danish.. setakat ni la) mendapat bencana ini.

Bermula dengan Allya yang rasa pening-pening pagi semalam dan tak larat nak bangun. Terpaksa ambik cuti untuk tidak ke sekolah.

Isteri juga terasa lenguh-lenguh badan dan pening kepala. Dia ambil keputusan untuk ke klinik ambil cuti bersama dengan Allya.

Aqil yang muntah sebanyak dua kali di taska semalam hingga tak dapat nak ke tadika. Cikgu di taska hantar sms mengatakan Aqil muntah-muntah dan tak larat nak ke sekolah.

Hadiah Lumayan Kontes Panduan Blogger

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung.

Marilah kita ramai-ramai menyertai Kontes Panduan Blogger anjuran En. Hasrul Hassan ini.
Hanya Jawab 3 Soalan dan Menang.
Hadiah lumayan menanti anda!!. 

Kontes Panduan Blogger - 3 Soalan dan Menang!

Tuesday, 23 April 2013

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

Pada hari Ahad 21hb April 2013 yang lalu, penulis telah menerima satu email dari En. Hasrul Hassan iaitu tuan punya blog Panduan Blogger yang telah menjemput penulis untuk turut serta dalam Kontes Panduan Blogger. Pada mulanya penulis tak berapa berani nak join kontes ini sebab al-maklumlah kurangnya ilmu di dada terutama pasal penulisan blog tetapi akhirnya penulis memberanikan diri juga untuk turut sama join kontes ini.

Jika anda ingin turut serta dalam peraduan ini, bolehlah klik pada banner di bawah untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan, cara-cara bagaimana ingin menyertai kontes ini serta hadiah yang ditawarkan. Kontes ini akan berakhir pada 30hb April 2013.

Klik pada banner untuk turut serta dalam kontes ini.

Saturday, 20 April 2013

Allya: Kem Kokurikulum

Sejak petang semalam, Allya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya iaitu kem kokurikulum.

Sesi pendaftaran