Pages

Sunday, 15 January 2012

Hari jadi Isteriku, Danish dan Hazim

Hari ni kami sekeluarga ke rumah parents di Gombak untuk meraikan majlis hari jadi bersama Danish dan Hazim (anak saudara).

Danish dah genap setahun pada 12/01/2012 dan Hazim pula dah genap 2 tahun pada 03/01/2012. Manakala pada bulan yang sama iaitu pada 14/01/2012 yang lalu juga adalah hari jadi isteriku, Joharita. Selamat hari ulang tahun kepada isteriku. Harap suka la yek dengan hadiah hari jadi tahun ni.. :-)

Majlis yang dihadiri oleh semua ahli keluarga (kecuali keluarga Abg Di/Kak Ela yang berada di Penang) telah bermula dari pukul 2pm dan berakhir pada 6pm.

Seperti biasa kek hari jadi yang mummy beli kat secret recipe dan menu utama pada majlis ulang tahun kelahiran kali ini adalah nasik kerabu dan ayam percik kuah putih (my favourite).

Seperti biasa.. lepas majlis, diadakan acara buka hadiah.

Walaupun Danish tak tahu apa-apa tapi muka dia nampak ceria sebab dia dah pandai senyum dan ketawa.

Selamat hari jadi untuk anakku, Muhammad Amirul Danish dan isteriku, Joharita Johari. Tak lupa juga untuk Ahmad Hazim Ahmad Hafidz.

Selamat Hari Lahir kepada Isteriku, Joharita Johari dan anak bongsuku Muhammad Amirul Danish.








Happy family



Selamat Hari Lahir kepada Ahmad Hazim Ahmad Hafidz yang genap 2 tahun.

Danish tengah nak capai kek hari lahir nya.

Gigi Irfan tercabut masa makan choki-choki. 





Happy couple

Saturday, 7 January 2012

Irfan merajuk

Gambar ni diambil di R&R Tapah semasa dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke KL. Kami sekeluarga ke Ipoh adalah untuk menziarah adik ipar yang baru mendapat cahaya mata yang kedua.

Irfan kena marah sebab tak dengar kata, asyik berlari-lari, susah orang nak control. Merajuk kejap aje lepas tu buat perangai balik.

Sekian.

Sunday, 1 January 2012

Haji Rofie & Hajah Rosnah Family Gathering 2011


Pada 16/12/2011 hingga 18/12/2011 yang lepas telah diadakan Hari Keluarga Haji Rofie dan Hajah Rosnah di Impiana Resort di Cherating di samping untuk menghabiskan sisa cuti tahun ini dan juga sempena cuti sekolah anak-anak.

Keluarga yang menghadiri Hari Keluarga kali ini adalah :-

Keluarga Seri Kenangan (Picture 1)
Keluarga Seri Kenangan (Picture 2)
Haji Rofie Ahmad dan Hajah Rahmah Idris
Keluarga Along dan Kak Ros - Batu Muda
Keluarga Amir dan Ita - Taman Samudera (Picture 1)

Keluarga Amir dan Ita - Taman Samudera (Picture 2)
Keluarga Dr. Halim dan Ustazah Rosmarini - Desa Petaling
Keluarga Addylly dan Rosmunira - Taman Melati
Keluarga Hasmani dan Suriana - Shah Alam
Keluarga Aswad dan Norhidayah - Gombak Selatan
Keluarga Hafidz dan Wan Nanie Lydiana - Gombak Utara


Ada satu lagi keluarga, iaitu Keluarga Abang Di & Kak Ela - Bukit Mertajam tapi tak dapat bersama pada hari keluarga kali ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Banyak aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka kanak-kanak dan dewasa, bola tampar pantai, makan malam (main menu - steamboat) best dress untuk dewasa dan kanak-kanak dan acara pemberian hadiah kepada semua keluarga yang hadir.

Memang seronok buat hari keluarga di Impiana Resort, Kuanatan ni. Hari keluarga akan datang? Hmm.. tak tahu lagi kat mana..

Gambar-gambar kenangan semasa hari keluarga tersebut yang diadakan di Impiana Resort ini ada dilampirkan dalam post ini. Harap bersabar kerana gambar-gambar ini mengambil masa yang agak lama untuk di loading sepenuhnya.

 

 
 



Sekian.