Friday, 30 April 2010
Wife balik dari China
Banyak jugak dia beli barang-barang sourvenier untuk hubby dia ni dan of course untuk anak-anak, Walaupun tak banyak masa untuk shopping, dia still usaha cari sourveniers for the family. Katanya, banyak masa dihabiskan untuk melawat tempat-tempat menarik di Beijing termasuklah Great Wall of China.
Welcome back mummy..
Sunday, 25 April 2010
Irfan bersihkan laman utk majlis Aqiqahnya
Malam tadi Irfan tidur kat rumah neneknya sebab nak bermain dengan Sofia, sepupu dia. Ntah tidur pukul berapa dia ngan Sofia tu.
Pagi tadi Irfan bangun awal terus pergi tolong pak pak saudara dia bersihkan laman rumah. Aku sampai rumah parents, dia dah berpeluh-peluh. Dia bukan buat apa-apa pun just pegang penyapu tolak-tolak sampah. Tapi semangat Irfan tu yang patut dipuji.
Abang dia, Syafiq, macam biasa akan bersama dengan sepupu dia sorang lagi, Nazrul, untuk ke surau ikut atuk dia gi ngaji.
Saturday, 24 April 2010
Aqil rindukan mak nya.
Hari ni Syafiq tuisyen instead of pergi sekolah ganti. Dia kata bukan belajar pun kalau sekolah ganti. Cikgu suruh buat kerja sendiri aje. Allya ada kem solat kat sekolah dia sampai pukul 1.00pm. Irfan duk mengadu basikal dia rosak. Dia suruh betulkan rantai basikal dia yang tercabut. Lepas siap repair, dia layan naik basikal kat depan rumah sorang-sorang.
Petang ni, aku akan bawak anak-anak dan mak mertua ke rumah parents aku. Sebenarnya aku nak bersih-bersihkan sikit laman rumah tu sebab next week 1hb Mei akan diadakan majlis aqiqah Allya dan Irfan bersama-sama dengan sepupunya yang lain.
Malam tadi dapat panggilan wife dari China. Dia masih duk pesan itu ini. Aku rasa dia duk risau aku tak leh handle especially persiapan anak-anak masa ketiadaan dia. You just enjoy yourself kat sana, don't worry about us here. InsyaAllah, I will handle everything with help from Mak, hehehe..
Ok itu aje setakat ini.
Thursday, 22 April 2010
Wife ke China.
Sebelum bertolak, berkali-kali dia duk pesan buat itu, buat ini, baju anak, etc etc.. Dia duk pesan tu sebab takut aku terlupa, yang sememangnya aku ni pelupa. Nasib baik mak mertua datang untuk membantu. Kalau tak de mak mertua, huru-hara jadinya.
Wife akan berada di China selama 5 hari. Isnin balik Malaysia. Aku ambik cuti setengah hari nanti sebab nak gi ambik dia kat KLIA.
Wednesday, 14 April 2010
Pendrive 1Malaysia
Hasil dari pengiklanan itu, respon terhadap produk ni sungguh menggalakkan. Maklumlah design dia 1Malaysia yang sekarang ini hangat diperkatakan. Produk ini sesuai untuk dijadikan souvenier kepada staff, client, rakan-rakan diluar negara, atau sebagainya.
Di Mudah.my anda boleh search for "Pendrive 1Malaysia" dan anda akan jumpa dengan iklan yang saya masukkan.
Kepada yang berminat, bolehlah hubungi saya di alamat email amirofie[at]gmail[dot]com. Nyatakan nama, alamat penghantaran, nombor phone (jika mahu), dan kuantiti tempahan. Cara pembayaran dan penghantaran, akan dibincangkan selepas menerima tempahan dari anda.
Serba sedikit mengenai produk ini:-
Harga: RM45.00
Kapasiti: 4GB
Aksesori: Lanyard (tali) diberikan secara percuma.
Casing Pendrive 1Malaysia: Tambahan RM3 setiap satu.
Sekian.
----------
Sent from my nokia device.



