Pages

Sunday, 27 August 2017

Bonsai: Pine Forest (Aug 2017)

Nigel Saunders - Larch Forest
Nigel Saunders - Larch Forest

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari ini penulis nak cerita pasal projek terbaru yang penulis cuba buat. Nama projeknya Hutan Pokok Pine. Penulis cukup teruja dengan gambar-gambar yang dimuat-naik oleh peminat-peminat bonsai mengenai bonsai forest ciptaan mereka. Jadi, penulis akan cuba buat projek ini semampu yang boleh. Walaupun ilmu bonsai masih cetek, penulis akan cuba juga.

Saturday, 26 August 2017

Bonsai: Ginseng Ficus2 (Aug 2017)

Bonsai Ginseng Ficus (milik penulis yang ke-2)
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak cerita pulak pasal bonsai. Pokok di atas kalau ikut tokey kedai yang jual pokok ni kata nama pokok ni ginseng ficus. Penulis beli dengan harga RM30 (pokok berserta dengan pasu). Kalau ikutkan, pokok ni macam tak terurus. Lokasinya agak ke belakang dan tersorok masa penulis jumpa pokok ni kat nursery. Nursery ni pun sebenarnya bukanlah menjual pokok-pokok bonsai.

Friday, 25 August 2017

Aquascape: Tangki baru (Tank2 Aug 2017)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak cerita sikit pasal tangki laman aqua yang baru penulis buat. Kali ini berkonsepkan bukit batu ditepi pantai (belasah je ni).

Sebelum ni dalam percubaan awal (dalam proses belajar tentang aquascape), penulis cuba setup tangki yang berkonsepkan pokok bonsai tapi tak berapa nak menjadi. Tangki tu penulis masih maintain seperti biasa.

Thursday, 24 August 2017

Aquascape: Kemaskini Tank1 (17 bulan)

Tangki aquascape utama penulis yang berkonsepkan pokok bonsai.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak kemaskini skit tangki utama penulis yang setakat hari ini sudah 17 bulan beroperasi. Untuk rujukan, anda boleh ke pautan ini untuk layari posting pertama mengenai tangki utama ini.


Tuesday, 22 August 2017

Bonsai: Kemaskini Bonsai Bebuas1 (Aug 2017)

Pokok Bonsai Bebuas (Aug 2017)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Punya la lama penulis tak update blog ni. Hari ni penulis nak kemaskini sikit pasal pokok bonsai bebuas ni. Sebelum ni penulis pernah menulis lebih kurang 17 bulan yang lalu pasal kali pertama penulis berkecimpung dalam hobi penjagaan pokok hiasan bonsai. Pautan ke posting pertama boleh dilayari disini.