Pages

Friday, 12 July 2013

Jalan-jalan di param.


Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa.

Sejak hari pertama sehingga ke semalam (baru 2 hari), penulis tak pernah lagi ke pasar ramadhan (param) untuk membeli juadah berbuka puasa. Ini adalah disebabkan penulis balik kerja sampai rumah dan terus berbuka puasa. Tak sempat nak singgah mana-mana param dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

Thursday, 11 July 2013

Tanah


Hari ni penulis dan isteri ambik peluang dari cuti half day untuk mencari tanah. Tanah untuk dijadikan tapak rumah. Wife dah call ejen tanah dan buat appoinment untuk tengok tanah di kawasan berdekatan dengan kampus induk UIA.

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Monday, 8 July 2013

Sujud

Just nak kongsikan cerita, pengalaman seorang anak di bulan Ramadhan ketika bersama ayahnya ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Cerita ini penulis perolehi dari rakan yang telah menghantarnya melalui applikasi WhatsApp.

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.