Pages

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu

Aqil dan Danish on the way ke Taska.
Semalam keadaan jerebu di sekitar rumah penulis masih lagi teruk. Jadi penulis ambil keputusan beli 10 helai penutup hidung dan mulut untuk keluarga penulis. Penulis beli di Petronas lepas isi minyak dengan harga RM1 setiap satu. Tak tahulah kat tempat lain jual berapa ringgit.

Saturday, 22 June 2013

GT Japan 2013 di Sepang


Ahad (16/06/2013) yang lepas penulis bawa anak lelaki, Irfan ke Sepang untuk saksikan lumba kereta GT Japan 2013. Kalau ikut perangcangan nak bawak anak lelaki sulong (Syafiq) dan anak ketiga (Irfan) tapi nak main bola belah petang tu jadi penulis hanya bawa Irfan sahaja.

Dari kecik Irfan suka dengan kereta jadi penulis ambik peluang ni untuk bawa dia saksikan sendiri race di litar Sepang secara langsung. Selama ni asyik tengok kat TV aje.

Irfan Tahun 1 Sport Day 2013

Pada hari Jumaat (20/06/2013) yang lepas, di sekolah Irfan diadakan satu acara sukan untuk tahun 2013. Penulis dan isteri tidak dapat bersama dengan Irfan kerana tarikhnya jatuh pada hari kami berdua berada di Krabi. Anyway, tahniah kepada Irfan kerana menduduki tempat pertama.

Tahniah untuk Amirul Irfan

Tuesday, 18 June 2013

Gunting rambut

Malam tadi bawak hero-hero semua (kecuali Danish) pergi gunting rambut memandang rambut dorang dah panjang. Terutamanya Aqil sebab dah nampak serabut. Antara hero-hero, Aqil seorang sahaja yang rambut kerinting.

Barber.. kasi potong stail budak sekolah punya.

Saturday, 8 June 2013

Honda Odyssey family day 2013, Kuala Ibai


Forum MyOdyssey Malaysia telah menganjurkan satu lagi hari keluarga untuk para ahli dan juga pemilik kereta MPV Honda Odyssey satu Malaysia. Hari keluarga ini adalah bertempat di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, Terengganu. Kami berada di sini selama 3 hari 2 malam bermula pada 31hb Mei hingga 2hb Jun yang lalu.