Pages

Monday, 14 January 2013

Contest blog paling cantik 2013

*Klik pada banner untuk join*
Salam to all. Pos hari ni adalah hanya untuk mencuba nasib dalam contest yang dianjurkan oleh blogger Atiey87 (Seindah Namamu... Atikah Shukri).

Sambil-sambil duk layan EPL game untuk hujung minggu ni iaitu Arsenal vs Manchester City. Sekarang ni Man City sedang mendahului Arsenal dengan jaringan 2-0 (minit ke-87).

Syarat yang dikenakan pun tidaklah susah mana dan kalau anda ingin mencuba, bolehlah klik pada banner diatas.

Hadiah:
Pemenang Blog Paling Cantik: RM50.00
Pemenang Saguhati (2x): Topup RM20.00

Tarikh tutup penyertaan:
30hb Januari 2013

Sunday, 13 January 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Hari ni terjumpa satu giveaway dari blog Wantie's Life dan tergerak lak hati untuk join sama. Syaratnya pun tak susah cuma ada satu syarat sahaja yang mungkin tak memenuhi kriteria iaitu Google+ sebab aku tak guna Google+ ni.

GiveAway nie bermula dari 9hb Januari 2013 hingga 9hb Februari 2013.

Tag member:-
1. A Cook's Life
2. ini blog ejaMaria

Sekian.

*Klik pada banner untuk join*

Ramalan MANU-LIV & ARS-MANC

Hujung minggu ni akan padat dengan jadual perlawanan bola EPL yang menarik dan berikut adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat EPL. Ini adalah ramalan dari pakar-pakar bolasepak yang tidak asing lagi di dunia bolasepak tanahair.

Prediction MANU - LIV
(13th January 2013, 21:30)
Nani  : 1-3
Hazami : 1-5
Helmi : 2-1
Shamsul : 3-1
Amir : 3-1
Ja'a : 0-2
Aidil : 2-1
SuDe : 0-2
Jali : 1-0
Azri : 4-1
-------------------
Average :1.7 -1.6

Prediction ARS - MANC
(14th January 2013, 00:00)
Nani  : 3-2
Hazami : 4-4
Helmi : 2-1
Shamsul : 2-2
Amir : 1-0
Ja'a : 0 - 2
Aidil : 1-0
SuDe : 2-2
Jali  : 3-3
Azri : 3-2
-------------------
Average :2.1 - 1.8


[UPDATE]
Keputusan perlawanan

(1) MANU 2 - 1 LIV
- Man Utd: Robin van Persie 19', Nemanja Vidic 54'.
- Liverpool: Daniel Sturridge 57'
Tahniah kepada Helmi dan Aidil kerana ramalan tepat anda.



(2) ARS 0 - 2 MANC
- Arsenal:
- Man City: James Milner 21', Edin Dzeko 32'.
Tahniah kepada Ja'a kerana membuat ramalan yang tepat.



Sekian.

Isteri ada dinner di Sunway Lagoon.

Malam tadi aku jadi babysitter kepada anak-anak sebab syarikat tempat wife bekerja buat annual dinner bertempat di Sunway Lagoon.

Lebih kurang pukul 6.45pm aku dan isteri bertolak dari rumah bersama Aqil dan Danish. Syafiq, Allya, dan Irfan di rumah. Sampai di Sunway Lagoon lebih kurang pukul 7.20pm. Target sampai sebelum 7.45pm. Nasib baik trafik tak ketat sangat. So, boleh sampai lebih awal.

On the way balik.. tu diaaa... punya la ketat trafik kat area Sunway ni. Nasib baik aku sampai rumah around 8.00pm. Then bawak anak-anak semua gi rumah parents untuk dinner dan lepak-lepak di sana.

Lebih kurang jam 11.30pm, wife call kata dinner about to end. Then kejut anak-anak mana yang dah tidur dan head to Sunway Lagoon again. Bukan untuk mandi-manda tapi untuk pick up wife aje.

Sementara tunggu wife keluar.. sempatlah aku snap dua gambar pemandangan di luar bangunan tempat dinner wife. Oleh kerana dah lewat malam, anak-anak semua dah tidur dalam kereta dan tak dapat tengok suasana kat Sunway Lagoon.

Sampai rumah dan jam 12.30am dan aku terus layan EPL (Stoke vs Chelsea - Chelsea menang 4 kosong).

Malam ni giliran Man Utd pulak untuk game for this weekend.

Glory Glory Man Utd !!!.

Saturday, 12 January 2013

Hari Keluarga Hj. Rofie & Hjh. Rahmah 2012 - Thistle Resort, PD.

Sebenarnya pos ini sepatutnya diterbitkan pada bulan November 2012 tapi dik kerana banyak sangat gambar maka pos ini hanya terperap di folder draft sehinggalah ke hari ini.

Hari keluarga Hj. Rofie & Hjh. Rahmah pada tahun ini (2012) telah diadakan di Thistle Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seperti tahun lepas, kami menyewa bilik untuk 3 hari 2 malam.