Pages

Friday, 12 October 2012

Gambar terbaru Amirul Aqil

Semasa penulis sedang menunggu perlawanan Selangor vs Kelantan (perlawanan timbal balik) separuh masa kedua separuh akhir Piala Malaysia bermula, penulis ambil peluang mengambil gambar terbaru Amirul Aqil yang sedang sibuk duk main handphone. Hanya penulis dan Amirul Aqil sahaja yang berada di depan TV untuk menyaksikan perlawanan ini sebab mummy dan anak-anak yang lain sudah naik ke atas. Sama ada dah tidur ataupun melayan internet.

Now penulis nak layan bola.

Gomo Klate Gomo..








Dah tak mo main phone tu lagi Aqil. Nanti habis pulak bateri.

Thursday, 11 October 2012

Phone jadi mangsa

Irfan dan Samsung GS2

Sekarang ni anak2 dah pandai main game, tengok YouTube kat phone. Setiap hari mesti ada game baru yang dorang install kat phone especially Irfan. Dia akan masuk Google Play dan install aje game2 yang dia rasa best. Biasanya phone mummy yang jadi mangsa. Phone daddy dorang tak berani sebab asyik kena marah aje. Jadi, untuk mengelakkan phone tu jadi "berat" dan penuh dengan game, terpaksalah daddy nya yang uninstall.

Lain pulak dengan Aqil. Dia suka tengok ABC song dan lagu Gummy Bear kat YouTube. Kadang-kadang tu sampai bateri tinggal 4% atau 5% je. Skit lagi dah nak empty. Sama jugak dengan Irfan, phone mummy yang jadi mangsa.

Irfan pun kadang-kadang buka YouTube jugak untuk tengok video pasal Lego atau truck radio control (RC). Penulis pun terjebak sama dengan dia bila ada video pasal mainan.

Syafiq dan Allya dah ada phone sendiri jadi dorang tak kacau sangat phone daddy and mummy.

Danish yang kecik sekali tu dah mula pandai rampas phone dari Aqil sebab dia pun nak tengok sama.

Sekian.

Sunday, 30 September 2012

Jalan-jalan ke Genting Highland

Hari ni kami sekeluarga berjalan-jalan ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama-sama. Perjalanan dari rumah tak sampai 1 jam itu selamat tanpa masalah. Dalam perjalanan kami singgah di McDonalds untuk membeli makanan dan dibawa ke sana.

Kami hanya ke indoor theme park sahaja memandangkan anak-anak masih kecil.

Sekian.





























Saturday, 8 September 2012

Irfan's Sport Day 2012 - Tadika Titian Sayang

Hari ini diadakan Hari Sukan 2012 untuk tadika Amirul Irfan iaitu tadika Titian Sayang. Irfan bersiap awal hari ni. Pukul 7am dah siap walaupun upacara bermula jam 8 pagi. Irfan mewakili rumah hijau. Amirul Aqil pun nak ikut jugak nak tengok abang dia bersukan.

Hari ini Irfan masuk dua acara. Yang pertama adalah susun tin (arranging can) dan satu lagi acara berjalan menggunakan kasut penyu (walking with turtle shoe).

Acara pertama team hijau Irfan dapat nombor 4 dan acara kedua dapat nombor 2. Good job Irfan.

Secara keseluruhan team Hijau dapat tempat yang ketiga. Hanya 3 mata sahaja beza dengan team Merah yang menduduki tempat kedua.

Sekian.
















Sunday, 2 September 2012

Danish pertama kali gunting rambut

Hari ni bawak baby Danish, Abg Syafiq, dan Abg Irfan gi gunting rambut kat tempat biasa. Hari ni merupakan pertama kali baby Danish gi barber shop untuk gunting rambit sejak umur dia seminggu lepas cukur sampai botak.

Penulis tidak menghadapi masalah untuk potong rambut Syafiq dan Irfan sebab dorang besar. Aqil tak potong rambut hari ni sebab rambut dia masih pendek.

Pada awalnya Danish tak nangis tapi bila dia  dengar bunyi gunting dia dah mula pandang kiri kanan tak duduk diam. Lepas tu terpaksa la bapaknya dukung. Sepanjang gunting rambut, Danish tak duduk diam sebab duk cari dari mana datangnya bunyi gunting dan rimas dengan lebihan rambut yang dah di potong.

Dengan pengalaman yang ada (dah tiga anak lelaki), akhirnya siap jugak potong rambut Danish.

Sekian untuk kali ini.