Pages

Thursday, 8 December 2011

Aqil makin nakal



Sekarang ni Amirul Aqil (gambar atas) dah makin nakal dan suka sangat menyakat adik dia Amirul Danish.

Gambar ni diambik masa penulis bawa anak-anak ke KLCC Toy R Us last weekend sempena cuti sekolah.

InsyaAllah, esok penulis bersama keluarga akan bercuti di Desaru pula.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 30 November 2011

Bercuti di Avillion Beach Resort, Port Dickson.

Pada 25 dan 26 November 2011 yang lepas, aku dan isteri bersama keluarga serta ibu mertua pergi bercuti dan merehatkan fikiran di Avillion Beach Resort.

Kalau ikutkan, ini adalah kali ke-3 (ke-2 untuk tahun ini saja), kami sekeluarga bercuti di sini. Kali yang ke-2, kami tinggal di water challet tapi kali ni di terrace apartment. Sebab kenapa kali ni tak duduk di water challet adalah kerana malam-malam bila air pasang, bunyi bising ombak dan Irfan takut dengan bunyi ombak tu. Seronok tengok anak-anak gembira main air kat kolam.

Semuanya puas hati sebab boleh main air lama-lama. Aku juga ambik peluang ini untuk ambik gambar dorang dan pemandangan waktu senja di pantai. Memang best tempat ni. Walaupun mahal sikit tapi ianya berbaloi bila dapat habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan keluarga tersayang.

Sekian.



















Monday, 7 November 2011

Rabbit fun land


Hari ni, penulis membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di sekitar Rabbit Fun Land yang terletak di kaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor. Bayaran untuk masuk adalah RM5 seorang dan kalau nak bagi makan pada binatang, RM10 dikenakan untuk sebungkus makanan.

Di sini terdapat banyak jenis arnab yang diternak. Selain dari ternakan, pengusaha juga menyediakan kandang arnab yang boleh diberi makan oleh pengunjung serta bermain-main dengan arnab.

Selain dari arnab, juga terdapat binatang lain seperti lembu susu, pelbagai spesis kambing, kuda padi, rusa, dan seladang. Lebih kurang macam mini zoo.

Seronok bila dapat tengok anak-anak berlari-lari sana-sini, bagi makan kambing dan arnab serta bermain-main dengan arnab.

Aqil dan Irfan yang pada mulanya agak takut bila arnab datang dekat mereka tapi lama-lama dah tak takut sangat.

Aqil takut-takut nak bagi arnab makan.
Irfan tengah bagi arnab makan.
Gambar kiri: Aqil yang pada mulanya takut nak rapat dengan arnab akhirnya bila abang-abang dia pujuk lama-lama dia jadi berani. Gambar kanan: Mummy dan Aqil.
Masing-masing berebut nak bagi arnab makan.
Allya pun nak bagi arnab makan.
Bukan main seronok lagi Irfan naik benda ni.
Semua seronok datang tempat ni.
Syafiq yang paling berani kasi makan pada kambing. Aqil masih takut-takut lagi.
Berhenti rehat selepas penat melayan kerenah anak-anak.
Lain kali bila balik Bandar Rinching, rasanya kami akan datang lagi ke tempat ini. Kalau nak adventure sikit, boleh panjat Bukit Broga pulak.

Sekian.


Sunday, 6 November 2011

Makan2 di SR (part I)

Pada penghujung bulan September yang lepas, penulis dan isteri bawa anak-anak untuk menjamu selera di Restoran Secret Recipe (SR), Sri Gombak Prima.

Tujuan makan di SR ni adalah sebagai pra-sambutan hari lahir Syafiq yang jatuh pada tanggal 25/09 dan Irfan pula pada 12/09 yang lalu.

Mujur masa tu tak ramai orang, jadi kami boleh makan sambil bergambar sakan.



Danish (9 months old)

Ini gambar-gambar terbaru Muhammad Amirul Danish. Sekarang ni umur dia dah masuk 9 bulan. Dia dah kenal orang dah sekarang ni. Takleh nampak kelibat Mummy atau Daddy dia, mesti nak berdukung. Dah makin manja.

Berat dia sekarang dah naik 9kg, kalau ikut doktor yang buat injection minggu lepas, ini dah berat baby umur 11 bulan. Patutlah sekarang ni dia kuat betul minum susu. Gigi pun dah tumbuh. Atas 4 batang, bawah 2 batang. Kalau tengok kat muka dan dahi dia ada kesan parut. Danish baru lepas kena chicken pox.

Sekian.