Pages

Sunday, 6 March 2011

Majlis cukur rambut Danish

Pada 27hb Feb yang lepas, telah diadakan majlis cukur rambut Muhammad Amirul Danish. Majlis diadakan di rumah parents. Seperti biasa Ma masak nasik dagang. Mak mertua pun hadir sama dalam majlis tu.

Acara merasmikan nama Muhammad Amirul Danish.

Abah tengah menggunting rambut Danish.
Agaknya Danish rasa sejuk kat kepala, itu yang rilex je bila rambutnya dicukur...

Saturday, 5 March 2011

Muhammad Amirul Danish

Muhammad Amirul Danish dilahirkan pada 12/01/2011 di Ampang Puteri Specialist Hospital. Anak ke-5 dari 5 adik beradik. Sebenarnya posting dah lama nak dimasukkan tetapi disebabkan asyik terlupa je, langsung tak dimasukkan awal-awal masa dia lepas lahir.


Sekarang ni Muhammad Amirul Danish sudah nak masuk 2 bulan. Oklah, itu sahaja untuk setakat ini.

Irfan suruh ambik gambar dia melompat. Melompat sampai nampak spender.

Sunday, 13 February 2011

Balik kampung

Semalam balik kampung di Jertih, Terengganu untuk lawat pak sedara yang terlantar di Hospital Besut. Pak sedara jatuh di bilik air dan tak boleh bangun. Bawak ke hospital terus kena tahan masuk wad. Doktor kata ada masalah dengan tulang pinggul.

Aku bersama Mama, Nira, Kak Ros, Ilham (anak Nira), Naily (anak Kak Ros), serta dua orang anakku, Allya dan Irfan, balik ke kampung pada hari jumaat lepas jam 12:00am. Ita tak balik sebab masih dalam pantang. Mujur ada ibu mertuaku untuk menjaga Ita serta 3 orang lagi anakku yang tak balik sama.

Tadi lepas melawat pak sedara kat wad, kami terus bertolak ke KT dari Jertih untuk pulang ke KL. Singgah di KT untuk beli keropok lekor kat Tok Batil. Lepas tu singgah di Pasar Payang untuk shopping sikit. Then dalam pukul 5:00pm terus bertolak ke KL.

Sampai KL dalam pukul 11:00pm.

Monday, 3 May 2010

Syafiq start training badminton



Hari ahad lepas syafiq start training badminton bersama dengan dua orang sepupunya, Fatini dan Allysa. First day training couch hanya latih untuk baling shuttle dan swing reket. Bila dah pandai swing, barulah couch ajar pukul shuttle. Lepas hampir 2 jam berlatih swing reket, pukul shuttle, dorang buat latihan untuk fitness pulak.

Latihan diadakan setiap hari Ahad bermula dari pukul 4:00pm - 6:00pm. Next week nak tengok Syafiq nak continue lagi ke tidak berlatih badminton ni. Kalau dia nak continue maknanya dia berminat untuk bermain badminton.

Aku dah pun belikan reket jenis Asiaways untuk dia. Boleh la untuk permulaan. Next weekend kalau berkesempatan, aku akan belikan kasut badminton pulak.