Semalam aku sekeluarga pulang ke kampung mertua di Semenyih. Alhamdulillah, Mak dan Abang Jamal sihat walafiat. Sempat jugak tengok bola final Piala FA antara Negeri Sembilan dan Kedah tapi tak tengok habis. Lepas dinner baru bertolak ke Gombak.
Lebih kurang pukul 11.30pm aku hantar Syafiq ke rumah parents aku sebab dia dan sepupunya akan ikut atuk dia ke surau untuk belajar ngaji lepas subuh. Sebelum aku sempat balik, Apit, adik aku mintak tolong ajar buat blog untuk aktiviti dia masa di maktab perguruan. So dalam masa lebih kurang 2 jam aku duk ajar maka terhasillah blog dia tu. Alamat blog dia macam ni hafidzrofie.blogspot.com .
Hari ni aku tengok dia dah masukkan hasil kerja masa dia di maktab perguruan tu. Selamat maju jaya untuk Apit dalam bidang professional yang diceburinya itu.
Sunday, 11 April 2010
Saturday, 10 April 2010
Love you..
Ini photo terbaru isteriku. Sebelum ni dia cuba nak ambik gambar dia sendiri dengan menggunakan handphone nya tapi merungut sebab gambar yang dia ambik tu blur je. Puncanya sebab tak fokus. So aku offer la untuk ambikkan gambar dan ajar dia macam mana nak fokus guna Nokia E71. So inilah hasilnya. hehehehe..
Untuk pengetahuan mana-mana yang tak tahu cara macam mana nak fokus kamera bila guna kamera handphone Nokia E71, anda hanya perlu tekan nombor 2 sehingga objek yang nak diambil itu clear dan handphone akan mengeluarkan dua bunyi beep. Lepas tu barulah tekan butang tengah untuk ambil gambar.

Friday, 9 April 2010
Muhammad Amirul Aqil
Muhammad Amirul Aqil dilahirkan pada 16/05/2009 di Ampang Puteri Specialist Hospital. Anak ke-4 dari 4 adik beradik. Sebenarnya posting dah lama nak dimasukkan tetapi disebabkan asyik terlupa je, langsung tak dimasukkan awal-awal masa dia lepas lahir.Sekarang ni Amirul Aqil sudah nak masuk 11 bulan. Dia dah pandai berjalan sikit-sikit tapi kalau merangkak, bukan main laju lagi. Dah pandai bergurau dengan abang-abang dan kakaknya.
Oklah, itu sahaja untuk setakat ini.
Sunday, 22 November 2009
Allya's Graduation Day 2009
Hari ini adalah hari graduasi tamat sekolah, Allya Nadhirah di Tadika Titian Sayang, Taman Samudera. Allya telah graduate dengan keputusan peperiksaan akhir yang amat cemerlang sekali. Allya telah mendapat No.1 untuk keseluruhan kelas 6 tahun.
TAHNIAH UNTUK ALLYA NADHIRAH
Sekian.
Thursday, 9 October 2008
Berhari raya di kampung
Rasanya dah lama betul aku tak kemaskini blog ni. Anak2 pun besar. Jadi untuk entri kali ni just nak update on hari raya lepas. Irfan dan Syafiq bergambar depan rumah moyangnya. Dorang panggil moyang dia dengan nama "Nyang".
Irfan tengah bergurau dengan Ayah Su nya. Ayah Su tu adalah adik aku yang bongsu. Dia baru sahaja berkahwin pada 3hb Oktober 2008 (hari raya ke-3) yang lepas.Irfan sekarang ni dah pun berumur 2 tahun. Cukup lasak dan nakal. Suka nyakat sepupu2 dia.Dari kiri: Allya, Irfan, Syafiq. Gambar ni pulak diambil di hadapan rumah mertuaku di Semenyih, Selangor, pada hari raya yang pertama.
Kami pulang ke kampung belah family aku pada hari raya yg ke-2. Gambar2 diatas diambil masa berhari-raya di kampung pada Aidilfitri 2008 yang lepas.

Subscribe to:
Posts (Atom)