Pages

Wednesday, 8 October 2008

Allya's sports day 2008

Hari ni tadika Allya mengadakan sukan tahunan. Allya mengambil 2 bahagian iaitu lari sambil tolak bola hoki dengan kayu hoki dan lari zig zag sambil membawa bola. Kedua-dua acara, pasukan Allya dapat no.1.

Jumlah kutipan mata untuk keseluruhan rumah Biru yang rendah menyebabkan Rumah Biru mendapat tempat yang ketiga.

Allya berbaris untuk marching bersama Rumah Biru
Irfan pun sempat jugak nak marching macam kakak dia.
Allya beraksi dalam acara lari zig zag sambil membawa bola. Allya dapat no.1.
Congratulation Allya. Mummy and Daddy proud of you.

Pasukan Rumah Biru Allya dapat no.3 secara keseluruhan. Tak pe lah Allya. Mummy and Daddy tau Allya dah buat yang terbaik cuma pasukan lain lagi handal. Next year masa 6 tahun nanti Allya cuba lagi, OK.

Saturday, 21 June 2008

Makan kat luar

Aku dan wife bawak bebudak makan-makan kat KFC Wangsa Maju. Dorang dah lama tak makan kat KFC. Asyik makan kat McD aje.

Irfan tak sabar-sabar nak main benda ni. Kat sebelah kiri dia tu adalah Allya.

Lepas je habis makan terus berlari keluar dari KFC dan panjat benda ni.

Abang dia pun tak ketinggalan. Dia pun nak main jugak.

Tuesday, 17 June 2008

Gaya power rangers.

2 orang anak-anakku dengan gaya power rangers. Bila bergambar mesti nak buat gaya-gaya yang entah apa-apa, especially Syafiq. Yang Allya tu pulak asyik ngikut abang dia.

Thursday, 10 January 2008

Allya eskimo

Allya tak boleh makan ketupat pulut. Sebenarnya aku baru realise yang Allya alergi dengan pulut masa dia berumur 3 tahun. Masa tu dia makan ketupat pulut time raya kat kampung. Kali ni dia termakan masa kat rumah parents aku. Masa tu moyang dia bawak ketupat pulut dari kampung. Lebih kurang seminggu jugak muka dia jadi macam orang eskimo, bengkak bahagian pipi.

Friday, 27 July 2007

Happy birthday to Allya, 4.

Dari kiri: Allya, Naily, Allysa, Fatini.

Dari kiri: Ita (wife), Baby Irfan, Allya, Naily, Allysa, Fatini.

Dari kiri: Allya, Naily, Ki (atuk), Allysa, Fatini.

Allya sudah pun berumur 4 tahun. Sebelah dia tu adalah semua sepupu-sepupunya dan atuk dia (bapa aku). Tahun depan dah nak masuk sekolah tadika.