Penulis cukup teruja dengan element DISQUS ini dan terus mencuba dengan mengikuti arahan-arahan yang terdapat dalam entri Panduan Blogger iaitu cara-cara memasang sistem disqus di blogspot. Berpinau jugak mata penulis bila tengok HTML coding yang dah lama ditinggalkan untuk memasukkan secara manual HTML coding untuk Disqus ni. Nasib baik ada tutorial yang penulis boleh ikuti di laman web Disqus untuk cara-cara memasukkan element Disqus ini setelah penulis ter"skip" satu arahan di laman web Panduan Blogger iaitu untuk add element ini di blogspot.
Akhirnya penulis berjaya juga meng"edit" HTML template dan seterusnya menggunakan sistem komen disqus ini. Rasanya dah boleh guna kot sistem komen tu. Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah komen-komen dari pengunjung sebelum ini macam dah hilang je. Dan jika guna mobile site, komen dari disqus pulak tiada tapi yang ada hanya komen asal di blogger.
Penulis akan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi permasalahan ini.
[UPDATE 14/04/2013; 3:00PM]
Untuk menampakkan komen DISQUS pada mobile version site, penulis telah mencuba beberapa kali cara-cara yang diajarkan setelah penulis rujuk pada website yang memberi tips bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Cara yang diajar adalah dengan menambahkan line mobile='yes' pada bahagian root disqus widget akan tetapi penulis menemui jalan buntu. Masalah tidak selesai. Mungkin En. Hasrul Hassan dapat membantu penulis menyelesaikan masalah ini.
Apa yang penulis lakukan adalah dengan "disable"kan mobile version buat sementara waktu sehingga masalah ini selesai.
[UPDATE 15/04/2013; 11:00AM]
Setelah menunggu 24 jam (seperti yang diberitahu oleh pihak DISQUS) untuk proses migrasi atau import semua komen terdahulu dari Blogger ke DISQUS tiada menampakkan apa-apa hasil atau progress, atau perubahan maka penulis mengambil keputusan untuk revert semula ke sistem komen dari Blogger seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, penulis akan ikuti perkembangan atau jumpa jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi oleh penulis bila menggunakan sistem komen DISQUS ini apabila view using mobile version. Sekian.
[UPDATE 01/05/2013; 9:36AM]
Sekali lagi penulis cuba guna sistem komen DISQUS untuk blog ini. Harap-harap takde masalah.