Awal pagi lagi dah bangun dan bersiap sedia dengan pakaian sekolah yang baru dibeli malam tadi. Tahun ni sesi orientasi dibuat awal cuti persekolahan, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni (tahun 2009 - Allya, tahun 2006 - Syafiq) di mana sesi orientasi begini dibuat pada hujung cuti persekolahan.
Tepat jam 8:45am, Irfan masuk ke kelas untuk sesi ujian penentuan kelas (pra-saringan). Sementara tu, ibubapa diberi taklimat oleh guru yang bertugas mengenai kokurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Banyak persoalan mengenai KSSR ini kerana ianya masih kabur. Tiada lagi markah atau gred A or B or C seperti sebelum ini dan ianya di tukar ke Band 1 hingga 6. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang pro-aktif supaya memberikan taklimat yang lebih mendalam mengenai KSSR ini.
Sesi orientasi berakhir pada jam 12:00pm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.