Pages

Sunday, 28 October 2012

Nasik lemak buatan sendiri

Hari ni kami sekeluarga bersarapan dengan nasik lemak buatan sendiri di rumah ibu mertua di Bandar Rinching, Semenyih.

Nasik lemak buatan sendiri
Sementara menunggu nasik lemak buatan sendiri siap dimasak, penulis serta dua sahabat bersaudara ni, (Aqil & Danish) duduk berehat diluar rumah sambil menghirup udara segar.





Inilah hasilnya.. nasi lemak, sambal ikan bilis yang mantap, telur rebus omega 3, ayam goreng. Hasil air tangan isteri dan ibu mertua.

Sambal ikan bilis mantap

Ayam goreng yang menyelerakan

Telur rebus Omega-3 yang terbaik dari ladang
Penulis seperti biasa, dua kali tambah. Irfan dan Allya, sepinggan penuh. Syafiq, macam biasa kurang makan sebab duk sibuk nak main game. Aqil, ibunya yang suapkan. Danish, nak makan sendiri dan tak mau disuap, akhirnya.. buat sepah aje.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.