Pages

Sunday, 13 February 2011

Balik kampung

Semalam balik kampung di Jertih, Terengganu untuk lawat pak sedara yang terlantar di Hospital Besut. Pak sedara jatuh di bilik air dan tak boleh bangun. Bawak ke hospital terus kena tahan masuk wad. Doktor kata ada masalah dengan tulang pinggul.

Aku bersama Mama, Nira, Kak Ros, Ilham (anak Nira), Naily (anak Kak Ros), serta dua orang anakku, Allya dan Irfan, balik ke kampung pada hari jumaat lepas jam 12:00am. Ita tak balik sebab masih dalam pantang. Mujur ada ibu mertuaku untuk menjaga Ita serta 3 orang lagi anakku yang tak balik sama.

Tadi lepas melawat pak sedara kat wad, kami terus bertolak ke KT dari Jertih untuk pulang ke KL. Singgah di KT untuk beli keropok lekor kat Tok Batil. Lepas tu singgah di Pasar Payang untuk shopping sikit. Then dalam pukul 5:00pm terus bertolak ke KL.

Sampai KL dalam pukul 11:00pm.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.