Pages

Saturday, 24 April 2010

Aqil rindukan mak nya.

Malam tadi Aqil menangis style manja-manja gitu. Dia rindukan maknya aku rasa. Baru sehari tak jumpa dah rindu. Tapi nasib baik dia masih ikut routine dia. Balik dari taska, dia akan tidur dulu dari pukul 7.00pm hingga 8.30pm. Lepas tu bangun untuk makan. Dalam pukul 10.00pm dia akan tidur balik kat tempat tidur dia. So, boleh la aku gi main badminton.

Hari ni Syafiq tuisyen instead of pergi sekolah ganti. Dia kata bukan belajar pun kalau sekolah ganti. Cikgu suruh buat kerja sendiri aje. Allya ada kem solat kat sekolah dia sampai pukul 1.00pm. Irfan duk mengadu basikal dia rosak. Dia suruh betulkan rantai basikal dia yang tercabut. Lepas siap repair, dia layan naik basikal kat depan rumah sorang-sorang.

Petang ni, aku akan bawak anak-anak dan mak mertua ke rumah parents aku. Sebenarnya aku nak bersih-bersihkan sikit laman rumah tu sebab next week 1hb Mei akan diadakan majlis aqiqah Allya dan Irfan bersama-sama dengan sepupunya yang lain.

Malam tadi dapat panggilan wife dari China. Dia masih duk pesan itu ini. Aku rasa dia duk risau aku tak leh handle especially persiapan anak-anak masa ketiadaan dia. You just enjoy yourself kat sana, don't worry about us here. InsyaAllah, I will handle everything with help from Mak, hehehe..

Ok itu aje setakat ini.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.