Kuala Ibai, Terengganu menjadi destinasi kami seterusnya untuk hari keluarga ini. Terdahulu, tempat-tempat seperti Port Dickson, Melaka, Kuantan, Sungai Petani, Desaru, Janda Baik telah dijadikan destinasi hari keluarga Forum MyOdyssey Malaysia.
Pemilik Honda Odyssey dari serata Malaysia telah menjadi ahli forum ini yang terdiri dari kawasan Northern, Central, East Coast dan juga Southern. Penulis adalah ahli berdaftar dari Central. Jika anda adalah pemilik kereta Honda Odyssey, bolehlah menjadi ahli berdaftar dengan melayari laman forum MyOdyssey ini.
Hari PERTAMA (31/05/2013).
Untuk Central dan Northern, Rampai Business Park telah dijadikan sebagai rally point untuk kami berkumpul sebelum berkonvoi ke pantai timur. Sebanyak lebih kurang 33 buah Honda Odyssey pelbagai model telah berkonvoi dari Central melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Jabor, Bandar Muktafibillah Shah, Bukit Besi, dan akhir sekali menuju ke destinasi kami iaitu Kuala Ibai, kurang 10km dari bandar Kuala Terengganu.Kami singgah di Petronas selama lebih kurang 30 minit di Lebuhraya Karak untuk sesiapa yang nak isi minyak dan ke toilet. Penulis beli air mineral untuk bekalan minuman di dalam kereta.
Setelah segala urusan di Petronas Lebuhraya Karak selesai, kami meneruskan konvoi menuju ke LPT. Walkie talkie adalah alat komumikasi penting jika berkonvoi beramai-ramai begini. Segala arahan dari ketua konvoi, marshall bertugas dapat diterima dengan jelas dan konvoi bergerak begitu lancar sekali. Jadi nasihat penulis kepada sesiapa yang masuk mana-mana kelab kereta dan selalu ada aktiviti berkonvoi, belilah satu alat komunikasi ini.
Setelah selesai menukar tayar spare, En. Ahmad terpaksa masuk ke bandar Bentong untuk membeli tayar baru. Agak bahaya sebenarnya untuk berjalan jauh dengan menggunakan tayar spare. Cadangan ini dipersetujui oleh En. Ahmad dan beliau mengambil keputusan untuk menukar tayar yang baru. Kami difahamkan, En. Ahmad terpaksa pusing ke KL untuk mencari spesifikasi tayar yang dicari. Ini disebabkan diseluruh bandar Bentong, tiada kedai tayar yang menjual tayar saiz 19" seperti yang dicari.
Kami meneruskan perjalanan tanpa En. Ahmad. Kami berhenti di R&R Kuantan lebih kurang jam 3:00PM untuk bergabung dengan konvoi dari Southern (Johor).
Setelah bergabung dengan kumpulan konvoi dari Southern, kami meneruskan perjalanan ke pantai timur dengan melalui jalan Jabor - Bukit Besi - Kuala Terengganu. Kami berhenti di kawasan R&R Bukit Besi untuk menunaikan solat dan makan. Lebih kurang satu jam disitu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui lebuhraya Bukit Besi - Kuala Terengganu.
Di akhir lebuhraya itu, konvoi bergabung lagi di tol Kuala Terengganu menjadikan jumlah konvoi keseluruhan adalah 72 jentera Honda Odyssey pelbagai model (RA1, RB1, RB2, RB3). Dari tol Kuala Terengganu, konvoi meneruskan perjalanan ke Kuala Ibai (Prinzpark Hotel) dengan dibantu oleh kereta peronda polis trafik.
Seterusnya adalah aktiviti makan malam yang bermula dari jam 8:00PM tetapi disebabkan agak sibuk untuk unloading barang-barang dan bersiap untuk makan malam, ianya telah dilajak ke jam 8:30PM. Penulis sekeluarga siap untuk turun ke dewan makan lebih kurang 8:45PM. Maklum sajalah, bila anak ramai ni agak sukar untuk tepati masa.
(difahamkan En. Ahmad sempat join aktiviti makan malam setelah selesai masalah tayar keretanya)
Tema makan malam hari tu adalah Soccer. Jadi kami sekeluarga memakai jersi bola Manchester United. Gambar masa makan malam penulis tak ambik banyak sebab sibuk melayan kerenah anak-anak. Ada yang dah mengantuk sebab letih dalam perjalanan.
Aktiviti ketika makan malam adalah sesi memperkenalkan diri secara ringkas oleh semua ahli forum MyOdyssey yang hadir pada hari keluarga kali ini. Setelah selesai sesi perkenalkan diri, ianya diikuti pula dengan aktiviti bertukar-tukar hadiah oleh semua ahli yang hadir.
Aktiviti hari keluarga MyOdyssey untuk hari pertama ini berakhir pada jam lebih kurang 11:45PM. Kami sekeluarga pulang ke bilik hotel masing-masing untuk berehat.
Hari KEDUA (01/06/2013).
Hari kedua bermula dengan sarapan pagi bersama dengan warga MyOdyssey. Ketika ini, penulis dapat bertemu dengan owner Honda Odyssey dari pelusuk Malaysia. Kali ini lebih ramai muka baru yang pertama kali penulis jumpa terutama dari Nortern, East Coast, dan Southern.
Aktiviti seterusnya adalah sukaneka atau tele-match untuk kanak-kanak dan golongan dewasa warga MyOdyssey. Sementara menunggu kehadiran semua ahli, penulis bawa anak-anak untuk cuba dan rasai pengalaman naik kuda. Aqil nampak takut tapi dia nak cuba jugak. Irfan memang tak cakap banyak, bila dapat peluang terus dia naik kuda tu. Danish nampak macam berani tapi bila nak angkat dia untuk duduk atas kuda, dia tak nak. Penulis tak nak paksa sebab dia kecik lagi.
Penulis tak ikuti sangat perjalanan sukaneka sebab sibuk melayan kerenah anak-anak. Acara dewasa pun penulis tak masuk sebab hanya fokus kepada ambik gambar suasana sukaneka dan pantau aktiviti anak-anak.
Waktu petang adalah aktiviti bebas, jadi penulis dan isteri bawa anak-anak ke kolam renang untuk mereka bersuka-ria di sana pulak.
Makan malam pada hari kedua adalah bertemakan batik. Jadi ahli yang hadir boleh dikatakan cukup sporting dengan memakai pakaian yang berasaskan batik. Malam ini adalah malam yang ditunggu-tunggu iaitu aktiviti cabutan bertuah. Untuk pengetahuan, ke semua ahli akan mendapat hadiah dari cabutan bertuah itu cuma ahli tidak tahu akan mendapat hadiah apa.
Hadiah utama adalah barangan audio system untuk kereta Honda Odyssey. Penulis sendiri hanya mendapat hadiah untuk servis kereta.
Hari KETIGA (02/06/2013).
Hari ketiga ini adalah aktiviti bebas di waktu pagi. Jadi selepas membawa keluarga bersarapan, penulis membawa anak-anak untuk naik bot kayuh. Bukan main seronok lagi mereka semua.
Selepas selesai photoshoot, semua ahli membawa haluan masing-masing. Ada yang nak terus balik ke KL kerana bekerja, ada yang nak ke Kuantan untuk menyambung cuti terutamanya mereka yang datang dari Johor. Tetapi sebelum semua membawa haluan masing-masing, ada seorang ahli My Odyssey yang berasal dari Kuala Terengganu menjemput semua ahli yang join family day ini untuk kerumahnya untuk menjamu selera sebagai makan tengah hari.
Bagi penulis dan keluarga, kami balik kampung ke Besut untuk menjemput ibu yang terlebih awal pulang ke kampung dengan flight. Ibu penulis balik ke kampung untuk melihat nenek penulis yang dah tak boleh nak bangun sebab sakit tua. Penulis ambik peluang ini untuk join sama berjumpa dengan nenek penulis.
Sekian.
p/s: anda juga boleh baca kisah hari keluarga MyOdyssey yang penulis sertai sebelum ini di Desaru, Johor.
p/s: anda juga boleh baca kisah hari keluarga MyOdyssey yang penulis sertai sebelum ini di Desaru, Johor.
Askm..sy dh 3 thn pakai RB1 Absolute..nk join club lh..rmai yg ajak tp blum trbukak..ni dh trbukak..kasi phone number boleh?
ReplyDeleteBoleh layari laman http://www.myodyssey.com.my untuk pendaftaran ahli baru ke kelab berdaftar "Kelab permotoran MyOdyssey".
Deletesaya baru memiliki RB3...masih bljar tentang jentera ni...harap dapat join club ni....ada tak ahli dri sg petani....
ReplyDeleteBoleh layari laman http://www.myodyssey.com.my untuk pendaftaran ahli baru ke kelab berdaftar "Kelab permotoran MyOdyssey".
Deletecontact.no plz...rb 1.nk joint
ReplyDeleteBoleh layari laman http://www.myodyssey.com.my untuk pendaftaran ahli baru ke kelab berdaftar "Kelab permotoran MyOdyssey".
DeleteSy pon telah menggunakan jentera RB1 hampir t tahun..rasa mcm menarik pulak tgk group odysey berfamily day mcm mana nk join
ReplyDeleteBoleh layari laman web forum MyOdyssey di http://www.myodyssey.com.my. Sekian.
DeleteBoleh layari laman web forum MyOdyssey di http://www.myodyssey.com.my. Sekian.
DeleteAsalam sy baru je memiliki rb3...n sy nk join club ni mcm best je.....klau kat JB ni kat mane sy blh dptkan spare part ye...
ReplyDeleteAsalam sy baru je memiliki rb3...n sy nk join club ni mcm best je.....klau kat JB ni kat mane sy blh dptkan spare part ye...
ReplyDeleteUntuk join kelab, minta emailkan contact number pada saya amirofie[@]gmail[dot]com. Nanti saya akan pass kepada ahli kawasan johor (southern region) untuk berdaftar secara rasmi. Dan boleh juga bertanyakan kepada mereka spare parts, after market parts etc. Tq.
DeleteUntuk join kelab, minta emailkan contact number pada saya amirofie[@]gmail[dot]com. Nanti saya akan pass kepada ahli kawasan johor (southern region) untuk berdaftar secara rasmi. Dan boleh juga bertanyakan kepada mereka spare parts, after market parts etc. Tq.
DeleteKebiasaanya klu enjin rb1 leaking apa yg bermasalah
ReplyDeleteRasa gasket untuk blok enjin sudah rosak atau koyak (wear & tear condition). Perlu ditukar untuk elakkan kebocoran.
DeleteAssalamualaikum , Maaf bos saya baru menggunakan ODC/2005 RB1 mahu bertanya pasal maintanace kereta nie macam mana tinggi atau sederhana dan mudah atau tidak mencari alatganti. saya cube join http://www.myodyssey.com.my/forum/viewtopic.php?f=57&t=6033 tapi last tahun 2017 forum nya. Mohon pencerahan . terima kasih
ReplyDeleteTahniah sebab dah guna Honda Odyssey. Forum myodyssey tu sudah tidak berapa aktif sebab sekarang ini ada alternatif lain yang digunakan untuk berkomunikasi iaitu Facebook dan Whatsapp group.
DeleteMaintenance untuk kereta ni sama saje dengan kereta-kereta lain. Untuk alat ganti, sebenarnya agak mudah dan murah untuk diperolehi. Kalau alat ganti yang asal dan baru, memang keras harganya tapi sebagai alternatif, ada workshop yang bekalkan part dari halfcut yang dibawa masuk dari Jepun.
Memang mudah untuk diperolehi.
Jika ada kemusykilan, boleh join facebook group Kelab Permotoran Honda Odyssey Malaysia - MyOdyssey
https://www.facebook.com/groups/239952756125550/