Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, 26 July 2013

Nasi lemak Ujang, Taman Greenwood

Kedai Nasi Lemak Ujang di Taman Greenwood, Gombak.

Assalamualaikum wbt.

Semalam penulis teringin nak berbuka puasa dengan juadah Nasi Lemak Ujang yang terkenal dan sungguh popular di kawasan Gombak ini. Jadi, lepas asar gitu, penulis bagi message kepada isteri supaya tidak beli atau masak apa-apa juadah sebab penulis akan beli juadah berbuka pada hari ini (semalam).

Lokasi kedai nasi lemak Ujang ini terletak di deretan gerai makan di Taman Greenwood, Gombak. Memang beginilah situasi biasa (sila rujuk foto di atas) bila nak makan nasi lemak ujang.

Friday, 19 July 2013

Alvin-Vivian didakwa


Berita di muka surat hadapan akhbar hari ini rata-rata mengenai keputusan mahkamah terhadap blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee. Mereka telah didakwa atas tiga tuduhan iaitu berhubung kes mempersendakan bulan Ramadhan dengan mempamerkan gambar menghasut umat Islam dan mempamerkan gambar-gambar lucah disebuah laman web.

Thursday, 11 July 2013

Tanah


Hari ni penulis dan isteri ambik peluang dari cuti half day untuk mencari tanah. Tanah untuk dijadikan tapak rumah. Wife dah call ejen tanah dan buat appoinment untuk tengok tanah di kawasan berdekatan dengan kampus induk UIA.

Monday, 8 July 2013

Sujud

Just nak kongsikan cerita, pengalaman seorang anak di bulan Ramadhan ketika bersama ayahnya ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Cerita ini penulis perolehi dari rakan yang telah menghantarnya melalui applikasi WhatsApp.

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Tennis Wimbledon Championship 2013, The Final (MS).

Penulis baru sahaja selesai menyaksikan Kejohanan Tennis Wimbledon 2013, Men's Single, The Final.

Memang best game ni. Kejohanan dimenangi oleh Andy Murray (No.2) yang mengalahkan pemain No.1 dunia buat masa ini, Novak Djokovic.

Andy Murray, the winner of 2013 Tennis Wimbledon Championship.

Thursday, 27 June 2013

Jerebu sudah berkurangan


Alhamdulillah.. dua hari lepas hujan dah turun di beberapa tempat di negeri Selangor termasuklah di Rawang dan Serendah.

Semalam pun, penulis balik dari tempat kerja, hujan juga terus renyai-renyai di kawasan Batu Caves.

Hari ni langit dah mula cerah menandakan udara semakin bersih. Syukur alhamdulillah.

Sekian.