Pages

Showing posts with label Ficus1. Show all posts
Showing posts with label Ficus1. Show all posts

Wednesday, 18 October 2017

Bonsai: Kemaskini Ficus1 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini, penulis ingin kemaskini pokok Ficus1 pula. Pokok ini penulis tidak berikan perhatian sangat sebab nampak macam tahan lasak. Walaupun lasak, proses siraman tidak diabaikan Cuma dari segi pemilihan dahan, saiz daun, dan lanskap penulis kurang beri perhatian. Penulis mahukan pokok ini hanya membentuk canopy sahaja.

Tuesday, 29 August 2017

Bonsai: Kemaskini Ginseng Ficus1 (Aug 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak kemaskini perjalanan hidup pokok bonsai yang ke-3 yang penulis namakannya Bonsai Ginseng Ficus1. Untuk pengetahuan anda, pokok ini penulis beli pada bulan Mac 2016 dan posting pertama mengenai pokok ini ialah pada 21hb Mac 2016 (Bonsai ke ni?). Gambar dibawah ini menunjukkan rupa pokok ini masa awal-awal beli dulu.

Gambaran masa Mac 2016. Masa ni tak tahu apa nama pokok.

Monday, 21 March 2016

Bonsai ke ni?

Pokok Bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt..

Semalam masa dalam perjalanan balik rumah, penulis singgah di satu nursery di Sg. Buloh beli baja kompaun. Lepas beli baja, penulis tertarik dengan ada satu pokok ni. Nampak macam bonsai tapi ntahlah.