Pages

Friday 4 March 2016

Bonsai: Cubaan awal

Pokok Bonsai pertama penulis (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt.

Selain dari aquascaping, penulis juga mula berjinak-jinak dengan hobi pokok bonsai. Ini adalah cubaan pertama penulis dalam hobi ini. Penulis beli pokok ini di kedai bunga kat Sungai Buloh dengan harga kalau tak silap dalam RM25. Nama pokok ni pun penulis tak tahu. Bila tanya pekerja di nursery tu (warga Myanmar), dia pun tak tahu sebab dia tukang jaga dan jual sahaja.

Penjagaan pokok bonsai ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana progressnya agak slow. Makan tahun.

Hobi ini juga perlukan pengetahuan tentang penjagaan pokok. Buat masa ini penulis tidak akan menulis bagaimana penjagaan pokok bonsai ini kerana penulis sendiri tidak tahu bagaimana. Penulis akan hanya menulis tentang progressnya sahaja tetapi janganlah mengharap sangat tentang hasilnya. Maklumlah penulis masih belajar.

Dari masa ke semasa jika ada ilmu yang boleh dikongsikan, InsyaAllah, penulis akan kongsikan dalam blog ini.

Sekian.

2 comments:

  1. kawan saya kenalkan hobi baru kat saya terrarium.. lagi jimat compared to aquascape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya akan cuba explore terrarium juga. :)

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.