Assalamualaikum wbt.
Hari ini penulis cuba tambah plastik kristal berwarna putih untuk dijadikan seperti pasir dan batu-batu sungai yang berwarna hitam. Lepas tu ditambah juga pokok-pokok hidup. Nampak cantik tapi masih tidak mencapai tahap keinginan sebenar penulis.
Mungkin disebabkan pengunaan plastik kristal berwarna putih itu nampak seperti tidak natural. Nampak seperti hiasan akuarium biasa sahaja.
Pada pendapat penulis, perlu guna soil yang sesuai bersama dengan batu-batu serta pokok-pokok air yang lebih kecil. Buat masa ini, penulis masih belum berkesempatan untuk mencari tanah dan pasir yang sesuai.
Impian penulis untuk mencari rumpai air seperti java moss supaya dapat dijadikan rumput atau tumbuhan air yang berbentuk seperti lalang diatas permukaan tanah dan dicelah-celah batu. Ini akan nampak lebih natural dan menarik.
InsyaAllah.. dalam masa terdekat, penulis akan cuba dapatkan bahan-bahan yang sesuai seperti pokok bonsai, rumput carpet, lalang, bentuk-bentuk batu yang menarik.
Untuk hari ini, cukuplah dengan design yang penulis buat seperti dalam gambar diatas. Kira boleh la pada beginner macam penulis ini. Penulis belum memasukkan ikan dalam akuarium tu sebab penulis belum confident dengan keadaan air yang baru ditambah.
Sekian, terima kasih.
Kreatif...kalu sekali pandsng dari mata bunda dah cukup cantik dah... tapi kalu bolih di tambah baik seperti cadangan penulis tentu lebih menarik dan nampak lebih cantik ...
ReplyDeleteTerima kasih sudi ke teratak bunda...
Terima kasih bunda beri komen dan terima kasih juga kerna sudi kunjung ke sini.
DeleteComelnya. Nak cuba buat bila cuti sek..
ReplyDeleteHahaha.. memang comel je. Saiz tangki lebih kurang 1 kaki. Saya cadangkan guna external pump & filter yang jenis "waterfall" ni. Dekat bahagian filter boleh selit bio-filter untuk bunuh bakteria-bakteria jahat yang boleh membahayakan ikan dan tumbuhan.
Delete