Hari ni penulis dan isteri ambik peluang dari cuti half day untuk mencari tanah. Tanah untuk dijadikan tapak rumah. Wife dah call ejen tanah dan buat appoinment untuk tengok tanah di kawasan berdekatan dengan kampus induk UIA.
Jam 05:30PM kami menunggu ejen untuk ke tapak yang diiklankan. Sebelum masuk ke tapak, penulis dapati sudah ada rumah-rumah di lot banglo yang sudah siap diduduki.
Lot banglo baru yang sudah diduduki. |
Tujuan kami mencari tanah ini adalah kerana tapak-tapak perumahan yang baru naik di kawasan rumah kami agak mahal harganya. Ada yang sudah mencecah RM900 ribu. Itu harga rumah baru. Rasanya memang gila la harga rumah sekarang ni. Tak tahulah nanti harga rumah bila zaman anak-anak nak beli rumah kelak.
Ini adalah jalan masuk ke tapak tanah yang kami nak pergi tengok. |
Lebih kurang jam 05:40PM ejen sampai untuk tunjukkan kawasan tapak tanah yang bakal diratakan. Kawasan memang kawasan hutan dan berbukit.
Ejen sedang membawa kami ke kawasan tanah yang dikatakan itu. |
Kawasan tanah yang dikatakan itu dan masih belum diratakan. Masih belum mendapat taraf pembangunan. Kawasan bukit bukau. |
Selepas tu kami di bawa ke satu lagi kawasan yang tanahnya sudah pun diratakan tetapi harga tanah disitu agak mahal.
Ini adalah tapak tanah kawasan perumahan lot banglo yang telah diratakan dan sudah pun dijual kepada pembeli tapi sini harganya agak mahal. |
Buat masa ini, penulis dan isteri masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk membeli tanah yamg ditunjukkan itu atau tidak kerana bimbang tanah tersebut tidak mendapat kelulusan dari pihak berkaitan untuk menukar tarafnya.
Sekian.
posted from Bloggeroid
Memang sekarang ni harga tanah melambung tinggi walaupun di pinggir kota. Tapi tiada ruginya melabur kerana harganya akan sentiasa naik. Cuma perlu berhati2 krn ramai yg cuba mengambil kesempatan.
ReplyDeleteSemoga anda dapat tanah spt yg anda inginkan.
Thank you BM. Memang skg ni kena buat keputusan untuk masa depan. Tapi future tu susah nak dijangka sama ada kawasan yang dipilih akan membangun atau tidak.
DeleteSemoga dapat rumah impian anda bro...
ReplyDeleteInsyaAllah
Deleteakan datang mungkin harganya akan melonjak naik 3-4 kali ganda.. lebih baik membeli sekrang sementara masih murah..
ReplyDeleteItulah pasal. Kena bijak buat keputusan ni.
DeleteAssalamualaikum. beli tanah ek? semoga segala urusan amir dan isteri dipermudahkan.
ReplyDeleteWaalaikum salam. Amin.
DeleteHmm tanah dan rumah kat Paka taraf juta2.. berjanggut dulu simpan duit..
ReplyDeleteNtah sempat ntah idak simpan duit tu.
DeleteMemang elok pun beli tanah sekarang.. Kalau nak beli rumah siap, zaman sekarang ni mahalnya la hai..
ReplyDeleteYes.. mahal yang melampau-lampau.
Deletekalau 10 tahun dulu kita anggap harga tanah dan rumah dah mahal...apalagi sekarang lagilah melambung tinggi...melampau..
ReplyDeleteSalam ramadhan dari bunda...
Betul tu BUNDA. Selamat berpuasa dari saya.
Deletemmg harga rumah skrg ni semua setengah juta keatas.. zaman anak anak kita nnt entah flat pun dijual beraus2 ribu kan
ReplyDeleteYeap.. betul tu. Memang mahal.
Deletememang setuju. kalau kat Penang ni pun. kondo dah harga jutaan ringgit. Pelaburan yang bijak. Tahniah.
ReplyDeleteBuat masa ni keputusan utk melabur tu belum dibuat lagi. Masih memikirkan lagi.
Deletesekarang hrga tanah mmng naik.. esok2 time ada ank2, rumah kecik, tp hrganya seksa bila dgr..
ReplyDelete