Pages

Friday 26 July 2013

Nasi lemak Ujang, Taman Greenwood

Kedai Nasi Lemak Ujang di Taman Greenwood, Gombak.

Assalamualaikum wbt.

Semalam penulis teringin nak berbuka puasa dengan juadah Nasi Lemak Ujang yang terkenal dan sungguh popular di kawasan Gombak ini. Jadi, lepas asar gitu, penulis bagi message kepada isteri supaya tidak beli atau masak apa-apa juadah sebab penulis akan beli juadah berbuka pada hari ini (semalam).

Lokasi kedai nasi lemak Ujang ini terletak di deretan gerai makan di Taman Greenwood, Gombak. Memang beginilah situasi biasa (sila rujuk foto di atas) bila nak makan nasi lemak ujang.

Habis waktu kerja, penulis bergegas untuk balik dari tempat kerja menuju ke Taman Greenwood untuk membeli nasi lemak + lauk seperti yang dijanjikan dengan isteri. Setahu penulis, kebiasaannya (bukan bulan Ramadhan) kedai nasi lemak Ujang ini akan mula buka lebih kurang pukul 8.30PM (kalau tak silaplah). Semalam selepas berjanji dengan isteri, baru penulis terfikir, buka ke kedai nasi lemak Ujang ni masa bulan puasa ni. Penulis hanya berdoa sahaja supaya kedai nasi lemak ujang ni buka sebelum waktu berbuka puasa.

Alhamdulillah, masa lalu nak cari parking kat kawasan depan kedai nasi lemak Ujang tu, kelihatan orang tengah beratur tunggu giliran nak order nasi lemak. Memang sah kedai tu buka. Lega rasanya. Bukan apa, sebab dah suruh isteri jangan beli apa-apa juadah untuk berbuka puasa. Kalau katakan kedai nasi lemak Ujang tak buka, hmm.. terpaksa laaa penulis cari juadah kat param.

Penulis sampai kat kedai nasi lemak Ujang jam 07:00PM. Masih ada masa 20 minit untuk beratur dan order nasi dan lauk. Penulis beratur dengan sabar. Nampak macam lambat je dorang bungkus nasi. Jam 07:15PM tiba giliran penulis untuk order pulak. Penulis order nasi lemak kosong 6 bungkus, daging 3 ketul, telur mata 3 biji. kerang untuk 2 orang makan. Total damage RM28.00. Puas hati.

Gambar makanan tak sempat ambik sebab, sampai rumah je dah tiba masa untuk berbuka puasa. Tak sempat nak ambik kamera untuk snap nasi lemak ujang dan lauk-pauknya.

Sekian.

12 comments:

  1. Assalamualaikum. perghh sodapnya! sheila dah lama tak makan nasi lemak sedappp. heee insyallah ada masa sheila singgah sini pulaa. thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai nasi lemak ujang ni memang kedai wajib disinggah. Bagi saya memang terbaik. Tak pastilah orang lain yang pernah makan kat sini dorang komen macam mana.

      Delete
  2. salam jumaat.. sejak ramadhan ni, dah lama tak makan atau masak nasi lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat untuk mizz aiza juga. Sekali-sekala boleh la cuba.

      Delete
  3. perghh..sodap 2.kerang my peberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sodap.. aduyai kurus puasa hari ni teringat nasi lemak ujang ni. Hahahaha..

      Delete
  4. nak berbuka dgn nasi lemak la plak..semlm makan nasi beriani gam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh Abe Kie lagi mantap.. beriani gam tu..

      Delete
  5. kalau dh beratur cmtu mmg specel ler ns lemak dia..
    total damage bleh tahan jugak yer..
    naseb baik puah hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. memang puas hati. Total damage tu boleh makan satu family 7 orang. Rasanya berbaloi la tu.

      Delete
  6. Saya selalu juga dtg Greenwood ni, rumah kakak di situ. Tak tahu pula pasal nasi lemak Ujang ni...lain kali dtg boleh try!
    Menarik juga idea, berbuka dgn nasi lemak...tp takut terawih tersengguk2 pula...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tanya kakak, mungkin dia tahu dan tunjukkan mana lokasi kedai nasi lemak ujang tu.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.