Hari Khamis lepas penulis dan isteri bawa anak-anak berjalan-jalan di Cameron Highlands sempena cuti sekolah kali ini. Yes.. sekali lagi kami ke Cameron Highlands tapi kali ini pergi balik hari saja. Kali terakhir kami di sini adalah pada bulan April 2012, lebih kurang setahun yang lepas.
Pagi-pagi lagi semua anak-anak sudah bangun untuk bersiap-siap nak pergi berjalan. Isteri sibuk membuat sandwich untuk dibawa dan dimakan masa dalam perjalanan. Setelah semua bersiap-sedia, kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 9.00am.
Kami melalui PLUS highway dan keluar di Tapah. Sebelum sampai Tol Tapah, kami berhenti dahulu di hentian sebelah Ladang Bikam. Penulis berehat untuk membetulkan urat-urat sebelum mengharungi jalan berliku-liku untuk naik ke Cameron Highlands. Perjalanan cukup mencabar lebih-lebih lagi bila Aqil asyik muntah kerana pening kepala. Perjalanan menjadi terbantut kerana banyak tempat yang perlu berhenti bagi membolehkan isteri membersihkan muntah Aqil. Aqil nampak tak bermaya sekali kerana banyak air dan makanan yang dimakan dah keluar sebab muntah.
Kami sampai di Cameron Highlands lebih kurang pukul 12:30pm. Tempat pertama yang kami singgah adalah Agro Highlands (Air Terjun Sungai Bisek). Kat sini ada dijual pelbagai jenis kaktus dan bunga-bungaan. Rasanya Agro Highlands baru siap sebab sebelum ini hanya ada air terjun sahaja di sini. Pokok strawberry yang ditanam di sini pun baru sahaja nak berbuah.
Perkara biasa yang semestinya dilakukan adalah bergambar.
Selepas penat berjalan-jalan dan bergambar di Agro Highlands, kami terus ke restoran Steamboat yang menjadi restoran kegemaran kami di Cameron Highlands ini. Kami pernah makan di sini dulu semasa tinggal di Hotel De La Fern yang terletak bersebelahan sahaja dengan restoran steamboat ini. Makanan yang kami order adalah 2 set steamboat, nasi goreng, french fries, strawberry juice, strawberry milk shake, teh tarik, dan ice cream. Kos lunch di sini untuk satu family adalah RM98.00.
Selesai makan kami ke Bharat Cameron Valley Tea House. Tujuannya adalah untuk pekena teh tapi sebelum tu kami turun ke ladang teh untuk bergambar sekeluarga. Lagipun masa kami sampai tu, tempat minum penuh dengan para pengunjung untuk menikmati teh yang segar terus dari ladang. Sebelum ini kami pernah bergambar di sini cuma kali ini berlatar-belakangkan tea house yang cantik tu.
Setelah selesai bergambar di ladang teh, kami naik ke tea house untuk minum petang. Dalam perjalanan kami naik ke tea house, hujan turun agak lebat juga. Nasib baik kami tak basah kuyup. Di tea house kami order chicken ham sandwich, strawberry cheese cake, choc cake, dan teh tarik. Sambil-sambil tu kami juga bergambar sebagai kenang-kenangan minum di tea house. Kos minum petang disini RM55.00.
Lebih kurang pukul 6.00pm kami ke masjid di Tanah Rata untuk solat. Lepas tu kami ke Old Smokehouse Hotel untuk bergambar sebelum bertolak balik ke KL. Memang tempat ni menjadi tempat favourite kami sebab penulis suka dengan suasana di sini yang menampilkan rumah lama orang Inggeris.
Setelah selesai bergambar, anak-anak pun dah keletihan sebab berlari-lari di ladang teh, penulis terus memandu kereta menuju ke Brinchang, singgah sebentar di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak. Isteri ambil kesempatan ke pasar malam untuk beli strawberry coklat yang banyak dijual di gerai-gerai pasar malam tu.
Penulis mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur melalui Simpang Pulai kerana perjalanan turun tidaklah berliku-liku sangat jika dibandingkan dengan melalui Tapah. Oleh kerana sudah malam jadi penulis perlu berhati-hati kerana banyak lori pick-up atau kenderaan pacuan 4 roda yang agak laju menuruni jalan dari Cameron Highlands. Mungkin mereka sudah biasa dengan jalan ini dan sudah tahu selok-belok jalan di sini.
Di PLUS Highway, penulis berhenti berehat di beberapa tempat untuk menghilangkan rasa mengantuk dan lenguh semasa memandu kereta dan juga untuk solat musafir sebelum sampai ke rumah.
Kami selamat sampai dirumah lebih kurang pukul 11.30pm. Anak-anak semua dah tidur dalam kereta kerana keletihan seharian dalam perjalanan pergi dan balik dari Cameron Highlands.
Sekian.
Sent from my Samsung mobile.
Selesai makan kami ke Bharat Cameron Valley Tea House. Tujuannya adalah untuk pekena teh tapi sebelum tu kami turun ke ladang teh untuk bergambar sekeluarga. Lagipun masa kami sampai tu, tempat minum penuh dengan para pengunjung untuk menikmati teh yang segar terus dari ladang. Sebelum ini kami pernah bergambar di sini cuma kali ini berlatar-belakangkan tea house yang cantik tu.
Setelah selesai bergambar, anak-anak pun dah keletihan sebab berlari-lari di ladang teh, penulis terus memandu kereta menuju ke Brinchang, singgah sebentar di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak. Isteri ambil kesempatan ke pasar malam untuk beli strawberry coklat yang banyak dijual di gerai-gerai pasar malam tu.
Penulis mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur melalui Simpang Pulai kerana perjalanan turun tidaklah berliku-liku sangat jika dibandingkan dengan melalui Tapah. Oleh kerana sudah malam jadi penulis perlu berhati-hati kerana banyak lori pick-up atau kenderaan pacuan 4 roda yang agak laju menuruni jalan dari Cameron Highlands. Mungkin mereka sudah biasa dengan jalan ini dan sudah tahu selok-belok jalan di sini.
Di PLUS Highway, penulis berhenti berehat di beberapa tempat untuk menghilangkan rasa mengantuk dan lenguh semasa memandu kereta dan juga untuk solat musafir sebelum sampai ke rumah.
Kami selamat sampai dirumah lebih kurang pukul 11.30pm. Anak-anak semua dah tidur dalam kereta kerana keletihan seharian dalam perjalanan pergi dan balik dari Cameron Highlands.
Sekian.
Sent from my Samsung mobile.
Perkara pertama bergambar..hehehehe
ReplyDeleteGambar cantik..siapa yang amik ini yek...
Hehehehe.. thank you. Mana-mana yang ada gambar penulis tu, anak bujang penulis yang ambik atau pun guna tripod.
Deletehilang sikit le rasa panas yang berbahang ni bila berada kat sana kan..
ReplyDeleteanak ngan bapa muka sebijik. mcm photostate je..
Ye betul. Bila lagi anak-anak nak merasa pakai jaket.
Deletebestnya... happy hour with family...
ReplyDelete