Salam to all.
Dah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini.
Sempena cuti sekolah yang pertama untuk tahun 2013 ini, penulis dan isteri membawa anak-anak pulang ke kampung di Bandar Rinching, Semenyih.
Bila berada di sini, tercetus idea oleh isteri untuk bawa anak-anak ke Rabbit Fun Land. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama adalah pada bulan
November 2011. Masa tu Danish masih kecil dan tidak dibawa bersama. Dia tinggal dengan neneknya di rumah. Kali ini kami membawa Danish, Farid dan nenek bersama. Danish dah besar dan tak perlu lagi duduk dalam stroller.
|
Dari kiri: Syafiq, Irfan, Allya, Nenek, Aqil, Farid (sepupu), Mummy, dan Danish. |
Kami sampai di Rabbit Fun Land lebih kurang pukul 12:15PM. Tiada banyak perubahan yang ketara pada layout ladang binatang disini dan jenis-jenis binatang yang ada. Yang pasti ada, adalah arnab dengan pelbagai warna dan saiz. Ada juga beberapa binatang baru yang dipamerkan seperti monyet dan keldai.
|
Farid dan Irfan tak habis-habis duk main jambatan gantung ni. |
|
Kiri: Danish dibantu oleh Abg Syafiq masa naik jambatan gantung ni.
Kanan: Irfan menunjukkan skillnya. |
|
Amirul Danish terpegun dengan binatang-binatang yang ada disini. Sebelum ni dia tak pernah tengok binatang macam ni. |
Ramai juga pengunjung yang datang. Maklum sajalah sekarang musim cuti sekolah dan lebih-lebih lagi hari ini adalah hari ahad. Seperti kami juga, kemungkinan besar mereka ini datang untuk menikmati udara yang segar dengan suasana kampung atau ingin melarikan diri dari kesibukan di kota.
|
Bebo dan Amadada |
Kali ini kami di Rabbit Fun Land tidak lama kerana hujan turun renyai-renyai. Waktu kami sampai tadi sudah waktu tengahari dan arnab pun tidak berapa aktif. Nampak semua sudah kekenyangan. Mungkin sudah banyak diberi makan oleh para pengunjung.
|
Antara binatang-binatang yang ada di Rabbit Fun Land ini. |
Penulis mengalihkan perhatian anak-anak untuk melihat-lihat binatang lain pula seperti kambing, rusa, kuda padi, monyet, keldai, seladang, kuda, dan burung kasawari. Dah jadi macam mini zoo pulak kat Rabbit Fun Land ni.
|
Danish dibantu oleh isteri untuk bagi makan lobak merah kepada kambing. Danish masih takut-takut dengan kambing. |
|
Memang kenyang la kambing-kambing ni bila semua nak bagi makan. |
|
Aqil asyik berlari aje sebab seronok berada disini. |
|
Allya dan Mummy |
|
Penulis dan isteri. |
|
Nenek dan Allya berehat lepas hujan turun renyai-renyai. |
|
Binatang baru yang ada disini sejak kami datang dulu. |
|
Aqil cukup kagum dengan monyet yang terlompat-lompat sambil buat pusingan akrobatik. |
Lebih kurang pukul 1:30PM, kami bergerak pulang ke rumah yang hanya beberapa kilometer sahaja dari tempat ini. Sebelum sampai ke rumah, kami singgah di Mc Donalds untuk lunch. Hari ni isteri dan ibu mertua tidak masak sebab dah penat melayan anak-anak di Rabbit Fun Land.
|
Sebelum balik, bergambar dulu kat banner tepi pagar. |
|
Singgah di Mc Donalds Semenyih, sebelum sampai rumah. |
Sekian.
Sent from my Samsung mobile.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.