Pages

Saturday, 10 November 2012

IRFAN: Sesi orientasi tahun 1 2013




Hari ini adalah hari orientasi untuk tahun 1 kemasukan 2013 ke sekolah. Irfan nampak ceria sekali bila kali pertama pakai baju sekolah.

Awal pagi lagi dah bangun dan bersiap sedia dengan pakaian sekolah yang baru dibeli malam tadi. Tahun ni sesi orientasi dibuat awal cuti persekolahan, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni (tahun 2009 - Allya, tahun 2006 - Syafiq) di mana sesi orientasi begini dibuat pada hujung cuti persekolahan.

Tepat jam 8:45am, Irfan masuk ke kelas untuk sesi ujian penentuan kelas (pra-saringan). Sementara tu, ibubapa diberi taklimat oleh guru yang bertugas mengenai kokurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Banyak persoalan mengenai KSSR ini kerana ianya masih kabur. Tiada lagi markah atau gred A or B or C seperti sebelum ini dan ianya di tukar ke Band 1 hingga 6. Pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang pro-aktif supaya memberikan taklimat yang lebih mendalam mengenai KSSR ini.

Sesi orientasi berakhir pada jam 12:00pm.

Sekian.

Tuesday, 6 November 2012

Ulang tahun perkahwinan ke-13


SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN DIUCAPKAN KEPADA ISTERIKU YANG TERSAYANG, JOHARITA BT JOHARI.

Hari ini 6hb November 2012 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-13. Banyak pengalaman pahit mahupun manis yang kami telah hadapi bersama.

Setelah genap 13 tahun berkahwin, kami dianugerahkan 5 orang anak yang handsome dan comel, 4 orang putera dan 1 orang puteri. Masing-masing mempunyai kerenah tersendiri.

Semoga kami bahagia bersama sehingga akhir hayat. Amin.

Sekian.




Monday, 5 November 2012

Allya: Final exam result Tahun 3, 2012.


Tahniah Allya Nadhirah kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir Tahun 3, 4[A] 1[B].

Dan tahniah juga sebab dapat nombor 1 dalam kelas. Tingkatkan usaha untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang, Tahun 4.

Sekian.

AR
Sent from Samsung Galaxy Note



Sunday, 28 October 2012

Nasik lemak buatan sendiri

Hari ni kami sekeluarga bersarapan dengan nasik lemak buatan sendiri di rumah ibu mertua di Bandar Rinching, Semenyih.

Nasik lemak buatan sendiri
Sementara menunggu nasik lemak buatan sendiri siap dimasak, penulis serta dua sahabat bersaudara ni, (Aqil & Danish) duduk berehat diluar rumah sambil menghirup udara segar.





Inilah hasilnya.. nasi lemak, sambal ikan bilis yang mantap, telur rebus omega 3, ayam goreng. Hasil air tangan isteri dan ibu mertua.

Sambal ikan bilis mantap

Ayam goreng yang menyelerakan

Telur rebus Omega-3 yang terbaik dari ladang
Penulis seperti biasa, dua kali tambah. Irfan dan Allya, sepinggan penuh. Syafiq, macam biasa kurang makan sebab duk sibuk nak main game. Aqil, ibunya yang suapkan. Danish, nak makan sendiri dan tak mau disuap, akhirnya.. buat sepah aje.

Sekian.

Saturday, 27 October 2012

Raya ke-2 Aidil Adha


Hari ni penulis bawa keluarga balik kampung sebelah isteri di Bandar Rinching, Semenyih.

Perjalanan dari Gombak ke Semenyih agak tenang kerana tak banyak kereta yang berada atas jalan. Maklum saja, hari raya. Lagipun penulis memandu agak berhati-hati kerana AES sedang beroperasi di seluruh negara. Kelajuan maksima yang penulis pandu kereta tadi adalah 110 km/j, itupun semasa hendak memotong tadi. Purata kelajuan adalah 80km/j sahaja.

Sekian.