Pages

Wednesday, 27 July 2011

Bawak wife n anak2 jalan2

Last sunday, aku dan isteri bawak anak-anak jalan-jalan ke Pavillion. Cari baju raya dan lunch di Manhattan Fish Market. Yang takde dalam gambar adalah Danish. Disebabkan dia masih kecik (6+ bulan), kami tinggalkan dia kat babysitter. Bila dia dah besar sikit baru boleh bawak jalan-jalan sama.

Thursday, 19 May 2011

Syafiq muntah2.

Hari ni Syafiq tak pergi sekolah sebab kepala pening-pening katanya. Balik kerja tadi nampak dia masih baring, badan lemah. Makan bubur pun terus muntahkan balik. Terus bawak dia pergi jumpa doktor.

Doktor bagi ubat tahan muntah. Doktor kata kemungkinan angin. Sebab tu muntah. Dan dia nasihat untuk minum air 100 plus untuk bagi tenaga. Lepas jumpa doktor, terus beli dua botol 100 plus.

Dapat 2 hari cuti sakit.
_____
sent from my nokia phone

Wednesday, 18 May 2011

Danish, 4 months old


Ini gambar terbaru dari yang mana sekarang ni dia dah berumur 4 bulan. Sekarang ni dia dah pandai memusingkan badannya untuk meniarap.

Dia dah kenal orang, tiap kali dia nampak mummy dan daddy dia, mesti dia akan senyum. Kadang-kadang dia akan bersuara seolah-olah minta didukung atau bermain-main dengannya.

Tahniah Danish sebab dah menunjukkan perkembangan yang baik. Berat yang dah cecah 7kg pun memang sesuai dengan umurnya.



Sunday, 8 May 2011

Dr. Fauziah

Inilah dia doktor (Dr. Fauziah) yang menyambut kesemua semasa kelahiran anak-anakku.. Syafiq, Allya, Irfan, Aqil, dan Danish di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Hari ni Dr. Fauziah keluar TV9 dalam rancangan Nasik Lemak Kopi O sempena sambutan Hari Ibu, ... Ibu Hebat.

_____
sent from my nokia phone

Monday, 2 May 2011

@ Masjid Putra

Sabtu lepas, kami ke Masjid Putra, Putrajaya bersama ibu tersayang,  keluarga Abg Di, keluarga Nira, serta Hasmani dan Shana. Saja jalan-jalan sempena Abg Di dan keluarganya balik ke KL sempena cuti buruh.
Lagipun kami sekeluarga tak pernah ke sini walaupun taklah jauh sangat dari rumah. Boleh la jugak aku praktis guna kamera nikon tu.
Sekian.

-----sent from my htc.android device-----