Pages

Sunday, 24 April 2011

Gambar titisan air hujan

Lepas ambik Syafiq dari tuition tadi aku cepat-cepat ambik kamera sebab nak ambik gambar titisan air hujan kat daun-daun pokok bunga.

Dah dua hari aku tunggu peluang ni akhirnya hari ni aku berjaya. Banyak gambar yang di ambik tetapi hanya beberapa gambar je yang aku kira menjadi.

Inilah hasilnya..

Saturday, 23 April 2011

Gambar bunga

Aku cuba mempraktikkan apa yang telah diajarkan iaitu teknik komposisi, sharpness, bokeh. Rasanya belum cukup menarik.

_______________
Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Tuesday, 19 April 2011

Mata Irfan beransur pulih

Ini gambar terbaru Irfan. Semalam kerjanya makan ubat je. Seharian makan ubat. Hari ni dia nak gi sekolah sebab tadika dia ada buat lawatan ke kilang vitagen. Jadi utk join sama dengan kawan2 dia ke lawatan tu, dia kena sihat.

Kalau ikutkan masih bengkak lagi sikit tapi dah kurang banyak kalau nak dibandingkan dengan hari ahad dan semalam.

Yang kelakarnya masa nak taruk ubat titik, dia kata tak sakit tapi cuma terkejut je. Harap-harap dia ok la kot.
_____
sent from my nokia phone

Sunday, 17 April 2011

Baby Danish

Sejak dah pandai senyum ni, baby Danish asyik nak dilayan aje. Kalau tak layan, dia nangis. Tapi tak boleh bagi Aqil layan dia. Nanti kena pukul ngan Aqil. Pukul bukan jenis slow-slow punya pukul. Jenis pukul sekuat hati punya. Mungkin dia cemburu ngan adik dia sebab dia rasa macam orang dah tak beri perhatian sangat kat dia. Inilah masalah kalau dapat anak rapat-rapat.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

Allya

Sekarang ni Allya dah darjah dua. Badan dia dah agak berisi sikit. Nak kena control makan. Tak boleh lagi makan benda-benda manis. Doktor pesan kena kurangkan makan kat McD. Dalam sebulan, sekali je boleh makan kat McD.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.