Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Entri hari ini penulis nak kemaskini sikit untuk pokok bonsai Bebuas2. Pokok ini penulis beli pada bulan Sept. 2017. Setakat hari ini, sudah nampak beberapa dahan baru yang tumbuh.
Pasu untuk pokok ini masih penulis kekalkan sejak beli tempoh hari. Ada juga penulis bercadang untuk tukar pasu seperti yang penulis lakukan kepada pokok Santalia4 tapi buat masa ini, penulis tiada pasu yang sesuai untuk digunakan pada Bebuas2. Lanskap untuk pokok ini juga belum dibuat sebab tiada lumut yang berlebihan untuk dibuat lanskap pokok ini.
Jadi, weekend lepas, penulis hanya mencantas dahan dan daun baru yang tumbuh untuk membentuk sebuah pokok bonsai yang harmoni.
Beginilah rupa pokok Bebuas2 sebelum dicantas. Rujuk gambar di bawah.
Pokok Bebuas2 (Oct 2017) - Sebelum dicantas. |
Selepas dahan dan daun dicantas, rupa bentuk pokok Bebuas2 adalah seperti di dalam gambar di bawah.
Pokok Bebuas2 (Oct 2017) - Selepas dicantas. |
Dan ini pula gambar keseluruhan pokok.
Pokok Bebuas2 (Oct 2017) |
Sekian sahaja kemaskini pokok Bebuas2. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri untuk kemaskini yang akan datang.
Cantik bonsainye
ReplyDeleteTerima kasih WP.
Deletelawa bonsai... ada lagi yang lain ke....
ReplyDeleteTerima kasih ML. Ada lagi yang lain. Saya baru je berjinak-jinak dengan hobi ni.
Deletepsssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html
ReplyDeleteWah.. terima kasih sekali lagi ML. Teruja saya sebab tersenarai dalam blog hebat ML.
Delete