Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Apa khabar semua? Harapan penulis agar pengunjung dalam keadaan sihat walafiat.
Entri hari ni penulis nak kongsi sikit ilmu yang penulis belajar mengenai cara-cara melatih (train) pokok bonsai dengan kaedah melilit dawai pada dahan. Kaedah ini penulis belajar secara online dengan menonton salah satu klip video di YouTube.
Penulis tidak akan membuat video sendiri mengenai kaedah melatih pokok bonsai secara melilit dawai ini tapi penulis akan kongsikan YouTube video.
Klip video ini adalah milik Nigel Saunders yang mana beliau setakat ini menjadi sifu penulis secara maya (dia pun tak tahu saya jadi anak murid dia, sendiri lantik). Video yang dimaksudkan boleh ditonton secara terus di bawah ini atau klik pada pautan yang disediakan.
Teknik yang ditunjukkan amat mudah. Cuma perlukan praktis sahaja. Alat yang diperlukan adalah dua playa yang mana satu playa digunakan untuk memegang dawai supaya tetap agar tidak bergerak dan satu lagi playa digunakan untuk melilit dawai pada dahan. Pemilihan saiz diameter dawai adalah bergantung kepada saiz diameter dahan. Bagi penulis, saiz dawai yang dipilih adalah tidak terlalu besar atau terlalu kecil dari dahan yang hendak dilatih. Dengan kata lain, saiz yang sedang-sedang elok je. Janji dahan yang hendak dilatih mampu dilatihkan (harap-harap anda semua faham la ya apa yang saya maksudkan).
Jika teknik ini digunakan dengan baik, menurut Mr. Hong (trainer dalam video tu), dawai tidak akan mencecah dahan sebaliknya hanya mengikut sahaja halatuju dahan. Kemudian, barulah kita latih (train) dahan yang telah dililit dengan dawai tadi mengikut arah yang kita hendaki.
Dalam video pada pautan di atas, penulis juga memperolehi satu teknik dimana cara-cara untuk mengguna-pakai semula dawai yang telah digunakan. Teknik di mana bagaimana kita hendak meluruskan kembali dawai yang telah dibengkokkan (digunakan).
Caranya adalah dengan menggunakan dua playa, dawai yang telah digunakan dipegang di kedua-dua hujung dawai dengan kedua-dua playa. Kemudian kita sentap/rentap (tarik dawai ke arah berlawanan) dawai tadi sehingga dawai yang bengkok dapat diluruskan. Dawai yang telah diluruskan ini boleh diguna semula untuk melatih dahan yang lain pula.
Begitulah serba-sedikit teknik-teknik melatih dahan dan teknik guna-pakai semula dawai melatih dahan pokok bonsai. Teknik ini tidak diajarkan di mana-mana sekolah rendah maupun di peringkat menengah.
Selamat mencuba.
Nice sharing....thank you :)
ReplyDeleteYou're welcome.
Delete