Pages

Monday 18 September 2017

Bonsai: My Bougainvillea (Sep 2017)

My Bougainvillea

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini penulis ingin berkongsi pokok bunga kertas (bougainvillea) yang penulis tanam dari hasil cantasan pokok bunga kertas dari rumah parents. Pokok ini baru berumur 6 bulan dan kalau tak silap, bunganya bewarna ungu. Penulis tak berapa pasti sebenarnya sebab pokok ini belum pernah berbunga lagi.

Agak lama jugak penulis menunggu untuk lihat pokok ini mengeluarkan daun pertamanya. Sejak dari awal umurnya, penulis hanya berikan baja pokok hijau dengan harapan dahan hasil cantasan ini hidup sahaja dulu. Sekarang ni penulis nak cantas dan jika perlu nak buat re-potting.

Sebenarnya, penulis baru sahaja tengok video clip milik Nigel Saunders mengenai pokok bunga bougainvillea miliknya. Anda boleh tonton videonya yang penulis kongsikan dibawah ini.


Penulis banyak belajar dengan Nigel Saunders dengan cara menonton klip-klip videonya. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Melalui video diatas, penulis mendapat satu tips iaitu bagaimana untuk kita tentukan arah dahan baru yang akan tumbuh apabila kita buat cantasan. Caranya adalah dengan memerhatikan arah daun. Arah daun yang paling atas sekali selepas cantasan adalah arah dahan baru yang akan tumbuh.

Melalui klip video di atas juga, Nigel Saunders akan mencari arah daun yang mengarah keluar (outward direction) untuk dahan yang dicantas. Jadi, dengan tips di atas, penulis juga mencari daun yang arahnya keluar (facing outwards). Sebelum ini penulis tidak tahu akan tips ini jadi penulis main cantas sahaja. Hasilnya, dahan baru yang tumbuh adalah tidak terkawal.

Selepas proses cantas dahan.

Gambar diatas adalah hasil dari cantasan. Lokasi cantasan yang penulis buat kebanyakkannya selepas penulis mencari leaf that facing outward. Penulis nak buat eksperimen sendiri adakah tips yang diberikan ini berjaya. Kita tengok hasilnya nanti.

Selepas process membuang daun.

Selepas membuat cantasan, penulis telah membuang kesemua daun. Tujuan penulis adalah untuk mengecilkan saiz daun.

Pada awalnya, penulis nak tukar pasu dan tanah tapi bila tengok video di atas, Nigel Saunders mengambil masa setahun lebih sebelum membuat re-potting. Jadi, penulis akan menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan lagi. Kemungkinan besar, akar yang ada masih baru dan muda.

View from another angle

Sekian dahulu untuk kali ini. Penulis akan cuba kemaskini perkembangan terbaru untuk pokok ini di masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.