Pages

Tuesday 29 August 2017

Aquascape: CO2 tank re-fill

Tangki CO2 milik penulis.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Posting hari ini penulis nak berkongsi lokasi di mana penulis membuat isian semula (re-fill) tangki CO2 untuk tujuan aquascape.

Memandangkan 2 tangki CO2 milik penulis dah kehabisan gas, hari ini penulis ambil peluang bercuti dan menuju ke Sg. Besi untuk membuat isian semula tangki-tangki tersebut.

Sebenarnya penulis mempunyai 3 tangki CO2 untuk tujuan aquascaping. Tangki-tangki CO2 milik penulis ini berkapasiti 1.0kg (1 unit) dan 2.0kg (2 unit). Tangki 1.0kg ini penulis jadikan back up apabila 2 tangki lagi kehabisan gas dan perlu dibuat isian semula.

Syarikat City Corporation, Sg. Besi, KL.

Lokasi yang dituju adalah sebuah premis yang membekalkan fire fighting equipment. Nama premis tersebut adalah Syarikat City Corporation yang bertempat di Sg. Besi. Alamat dan lokasi Google Map adalah seperti berikut:-

(klik pada pautan diatas untuk arah tuju menggunakan Google Map)

30, Jalan 13/108C,
Taman Sg Besi,
57100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
+60 3-7983 3214

3 aquascape tanks yang dibekalkan dengan CO2 untuk pokok akuatik.

Harga yang ditawarkan untuk isian semula gas CO2 adalah RM12 per liter dan proses pengisian semula mengambil masa tak sampai 30 minit untuk kedua-dua tangki tersebut. Memang murah jika dibandingkan apabila penulis membuat isian semula di kedai-kedai aquascape. Ini adalah disebabkan kedai aquascape sebenarnya menghantar tangki-tangki milik penulis ke premis sebegini dan mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 hari untuk mendapatkan semula tangki yang dihantar untuk tujuan isian semula.

Gas CO2 ini digunakan untuk supply karbon dioksida pada waktu lampu dipasang secara automatik ke 3 tangki aquascape milik penulis.

My aquascape tanks. View from other angle.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada Aquascapers yang lain terutamanya kepada beginners.

4 comments:

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.