Pages

Thursday 19 January 2017

Aquascape: Tank update (10 bulan). Masalah lumut (algae).

Rupa tangki sebelum di "trim".

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Penulis agak sibuk dengan tugas harian. Ini pun cuba curi-curi masa untuk kemaskini tangki laman aqua milik penulis.


Rupa tangki setelah di "trim" dan diubah sedikit kedudukan "pokok".

Setelah 10 bulan berlalu, banyak masalah yang penulis hadapi terutamanya apabila tangki menghadapi masalah lumut atau "algae".

Hasil dari pembacaan, pertanyaan, dan pengalaman sendiri, penulis telah mendapat sedikit maklumat bagaimana ingin mengawal masalah lumut.

Buat masa ini penulis masih mencuba beberapa eksperimen bagi memahami apa puncanya dan bagaimana untuk mengelak dari masalah ini. Pada asasnya, perlu membuat penukaran air 2 kali seminggu dan hanya 30% sahaja dari jumlah air di dalam tank. Ada ubat "algae treatment" juga dimasukkan setiap kali membuat penukaran air. Penulis masih mencuba. Cara mana yang terbaik masih belum dapat dirumuskan. Mungkin ada pembaca yang berpengalaman boleh memberikan idea untuk mengatasi masalah lumut ini.

Sekian, terima kasih.
.

3 comments:

  1. Replies
    1. saya nak tanya,
      bole tak kami dari vokasional rembau ,nak melwat kedai tuan.

      Delete
    2. Waalaikum salam. Maaf.. saya takde kedai. Saya adalah individu (orang perseorangan yang punyai hobi aquascape).

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.