Pages

Monday 2 May 2016

Aquascape: Update terkini

Assalamualaikum wbt.

Penulis nak update sikit tentang tangki laman air penulis sejak hari pertama tangki ini beroperasi.

Setelah hampir 2 bulan beroperasi dan ada beberapa penambahan alatan yang penulis tambah pada tangki tersebut, inilah hasilnya setakat ini.

Hari pertama selepas setup


Terkini (setelah hampir 2 bulan)

Penambahan alatan yang dimaksudkan adalah sistem CO2 untuk tumbuh-tumbuhan dan canister filter serta pam untuk sistem penapisan  yang lebih baik.

Penapis dan pam - Eheim Classic 250
Auto regulator - UP Aqua
Tangki CO2 2kg

Penulis telah aturkan sistem CO2 akan mula beroperasi dengan kadar 1 bps (bubble per second) 1 jam lebih awal dari sistem pengcahayaan. Kedua-dua sistem ini telah diaturkan untuk beroperasi selama 7 jam sahaja satu hari.

Dari pengamatan penulis, sebelum ini sistem cahaya beroperasi selama 8 jam tetapi penulis menghadapi masalah algae hitam kerana kekurangan CO2 dan cahaya terlalu lama.

Sebagai jalan penyelesaian, penulis telah menambah sistem CO2 dan untuk permulaan, penulis akan set cahaya selama 7 jam sahaja dahulu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.