Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua? Alhamdullilah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya untuk kita menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.
Setelah bertahun-tahun kami beraya di Airport sebab menyambut parents yang buat umrah di bulan Ramadhan di Mekah, tahun ini kami beraya di rumah kerana tahun ini parents buat umrah 2 minggu lebih awal sebelum masuk bulan Ramadhan.
Semua ahli keluarga yang terdiri dari enam orang adik beradik termasuk ipar duai serta anak-anak berkumpul di rumah parents di Gombak di malam raya. Dua lagi adik beraya di rumah mertua masing-masing dahulu dan akan balik ke gombak di hari raya pertama. Memang riuh rendah dibuatnya.
Di malam raya, geng perempuan akan sibuk di dapur manakala geng lelaki akan sibuk berkemas rumah. Menu tahun ini adalah makanan favourite penulis iaitu nasi dagang serta gulai ayam dan ikan, nasi impit kuah kacang serta rendang ayam yang marvelous.
Seperti biasa di pagi raya, bilik mandi adalah menjadi tumpuan utama kerana terpaksa bergilir-gilir bersiap-siap untuk ke masjid bersolat sunat hari raya. Dua buah MPV Honda Odyssey terpaksa digunakan untuk membawa pihak lelaki serta Ma dan Abah ke masjid.
Habis solat sunat raya, kami makan juadah hari raya yang disediakan oleh pihak wanita semasa kami di masjid. Memang seronok bila makan beramai-ramai begini. Pada masa yang sama ada tetamu yang hadir untuk beraya.
Selesai bersalaman dan bertukar-tukar duit raya, tiba masanya acara untuk bergambar keluarga. Setting dibuat seperti di dalam studio dengan lampu flashlight yang dibawa khas oleh abang kerana beliau adalah seorang jurugambar. Ini adalah kerana pergambaran dibuat di dalam rumah dan perlukan pencahayaan yang baik untuk mendapat kualiti gambar yang baik.
Tahun lepas gambar-gambar yang diambil semasa raya telah dibukukan seperti story book. Tahun ini semua gambar keluarga akan dibuat frame besar.
Memang sukar untuk mengambil gambar beramai-ramai begini kerana terpaksa melayan kerenah 25 cucu yang mempunyai pelbagai kerenah. Ada yang tak nak pakai songkok, ada yang sampinnya dah terbukak, ada yang nak minum air, ada yang menyakat, ada yang menangis, ada yang nak mimum susu, dan macam-macam lagi.
Memang payah nak dapatkan gambar yang nampak semua orang dalam keadaan ready.
Sekian.
posted from Bloggeroid
Meriah.. salam aidilfitri.. :)
ReplyDeleteMemang sangat meriah. Salam Aidilfitri dari saya juga.
Deletesalam. bestnya dpt kumpul semua adik-beradik..slmt hari raya ye amir...maaf zahir batin.
ReplyDeleteAmbik peluang hari raya untuk berkumpul bersama. Yeap Selamat Hari Raya juga dari kami sekeluarga.
Deletemeriahnya..... so sweet bila tengok photos tu...
ReplyDeleteselamat hari raya ya amir... maaf zahir dan batin..
Thanks.. dan Selamat Hari Raya juga untuk Mia sekeluarga.
Deletewah... family besar memang meriah... biru sokmo yer tahun ni... :) salam aidilfitri maaf zahir dan batin... :)
ReplyDeleteYeap.. seronok macam ni. Salam Aidilfitri juga dari saya.
DeleteMeriah dan cantik2 gambar semasa hari raya haritu ye.. salam lebaran dari bunda untuk keluarga AR....
ReplyDeleteThank you Bunda. Salam lebaran juga dari saya.
Deleteselamat hari raya.. =)
ReplyDeletemeriahnya.. siap ada gambar family dan family besar..saya tak sempat nak bergambar..
Selamat Hari Raya. Terima kasih sebab singgah sini.
Delete